Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sabah Bincang Penempatan Semula...

TAWAU – Kerajaan negeri Sabah akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai kawasan yang bersesuaian...

Pekerja Kedai Serbaneka Dipenjara,...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri beberapa barangan termasuk pakaian dalam di sebuah pasar...

Perhimpunan Bantah ICERD Juga...

KULIM - Perhimpunan di ibu negara pada 8 Disember ini bukan sahaja untuk...

Suci Harumatiques Sasar Tembusi Pasaran...

LANZHOU - Suci Harumatiques Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Bumiputera, merancang untuk menembusi...

Peniaga Warga India Dipenjara 20 Tahun Miliki Ketamin

SHAH ALAM – Seorang peniaga warga India dijatuhi hukuman penjara 20 tahun hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan pindaan memiliki 3.2 kg dadah jenis Ketamin, tiga tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Halim Aman memerintahkan Kabeer Kather, 55, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 26 Mac 2012.

Berikutan faktor usianya, Kabeer tidak dikenakan hukuman sebatan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Cawangan Pemeriksaan, Balai Ketibaan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang dekat sini pada 26 Mac 2012.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39A(2) Akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan.


Kabeer sebelum ini dibicarakan atas tuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B ADB yang memperuntuk hukuman mati mandori, jika sabit kesalahan.

Dia bagaimanapun bernasib baik apabila mahkamah memutuskan untuk meminda pertuduhan ke atasnya kepada memiliki ketika kes di peringkat pembelaan.

Sembilan saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izhanudin Alias manakala tertuduh diwakili peguam K A Ramu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori