Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

6 Penjara Catat Kes...

SHAH ALAM - Jabatan Penjara mencatatkan peningkatan kes aktif pandemik koronavirus (Covid-19) berjumlah...

Restoran Terkenal Teluk Intan...

TELUK INTAN - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada Selasa mengesahkan permohonan pensijilan...

Pengawal Dipukul Lan Pet...

SEREMBAN – Pengawal keselamatan Yahya Manap, 68, yang dicederakan pelawak Lan Pet Pet...

Pasangan Ditipu Iklan Rumah...

SHAH ALAM - Niat sepasang suami isteri untuk berpindah ke rumah sewa baharu...

Penjelasan Kementerian Kewangan Berkenaan Perutusan Khas PM

Berikutan Perutusan Khas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 20 Januari 2015 mengenai perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan Kerajaan, Kementerian Kewangan mengambil maklum akan artikel media dan komentar. Sehubungan ini, Kementerian Kewangan ingin memberi penjelasan berikut:

Bajet 2015 digubal berdasarkan kepada harga minyak mentah Tapis pada USD105 setong. Minyak mentah Tapis lazimnya mempunyai premium kira-kira USD5 setong melebihi harga Dated Brent yang merupakan penanda aras global.

Namun, rujukan dibuat berdasarkan Dated Brent pada kadar USD100 setong memandangkan terdapat keperluan memantau harga minyak mentah secara terperinci berikutan kejatuhannya yang berterusan.

BACA JUGA – Ucapan Penuh Perutusan Khas Perdana Menteri Tentang Ekonomi

 

Kerajaan telah menyemak semula anggaran purata harga Dated Brent kepada USD55 setong pada 2015 semasa Perutusan Khas Perdana Menteri.

Perbelanjaan pembangunan sebanyak RM50.5 bilion dalam Bajet 2015 merangkumi RM48.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM2 bilion bagi simpanan luar jangka.

Simpanan luar jangka ini diperuntukkan bagi perbelanjaan mendesak dan di luar jangkaan yang tiada peruntukan sedia ada. Simpanan ini hanya dikategorikan sebagai perbelanjaan apabila simpanan ini digunakan.

Oleh itu, simpanan ini tidak diambil kira dalam pengiraan defisit fiskal.


Defisit bagi tahun 2015 pada awalnya dianggarkan sebanyak RM35.7 bilion atau 3% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Walau bagaimanapun, berikutan hasil yang lebih rendah serta unjuran pertumbuhan KDNK yang disemak semula bagi tahun 2015 iaitu, 4.5% – 5.5%, kadar defisit kini dianggarkan 3.2% daripada KDNK atau RM37 bilion.

Langkah-langkah yang telah diumumkan dalam Perutusan Khas tidak melibatkan sebarang perbelanjaan tambahan. Memandangkan langkah-langkah ini tidak melebihi siling peruntukan yang telah diluluskan oleh Parlimen, Bajet 2015 tidak perlu dibentangkan semula.

Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, Kementerian Kewangan akan terus memantau perkembangan global dan kesannya ke atas ekonomi domestik.

Sebarang pertanyaan dan penjelasan lanjut mengenai Perutusan Khas boleh diajukan kepada Kementerian Kewangan di e-mel [email protected].

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
PUTRAJAYA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Dalam Program Soal Jawab

http://youtu.be/pVICRrcYW88

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori