Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tular Fitnah Konon Warga...

HARI mengundi yang semakin tiba menjadi peluang buat jentera maya pembangkang gigih tabur...

Terkait Masalah Rumah Tangga...

NORA Danish yang sering dikaitkan sebagai punca rumah tangga Fasha Sandha porak peranda...

Anuar Zain Mahu Beli...

AWAL tahun lalu, peminat Anuar Zain tentu pernah kecewa apabila penyanyi itu terpaksa...

KM Pun Terpalit Kes...

GEORGE TOWN - Ini mungkin satu senario paling lawak dan ajaib dalam dunia...

Penolong Jurulatih Chelsea Nafi Messi Akan Sertai The Blues

PENOLONG pengurus pasukan Chelsea, Steve Holland menafikan laporan mengatakan kelab Inggeris itu bakal mengikat kontrak dengan penyerang berbisa kelab Barcelona, Lionel Messi.

steve

Menurut laporan sebelum ini, The Blues merupakan di antara kelab-kelab yang menagih khidmat Messi dalam pasukan mereka.

Holland turut mengatakan pengurus Chelsea, Jose Mourinho sudah menjelaskan bahawa tiada sebarang pembelian pemain baharu untuk sesi perpindahan pemain.

“Jose Mourinho sudah membuat kenyataan yang jelas sebelum ini yang mana tiada sebarang pemain yang akan dilepaskan atau membeli pemain baru,” katanya memetik laporan media antarabangsa.


Khabar angin mengatakan Messi, 28, akan berhijrah ke Chelsea mendapat perhatian ramai apabila Messi baru-baru ini menjadi antara pengikut laman sosial Instagram rasmi pasukan The Blues dan pemain tengah Chelsea, Cesc Fabregas yang sekali gus menguatkan andaian pemain itu akan berpindah ke Stamford Bridge. – MYNEWSHUB.CC

chelsea

https://www.youtube.com/watch?v=_-sep-qHdDA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori