Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Polis Buka Kertas Siasatan...

RAWANG - Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang kanak-kanak tercampak keluar dari...

Menyamar Wanita Curi Beg...

SUBANG JAYA - Padah menyamar sebagai wanita, seorang lelaki ditahan selepas disyaki mencuri...

Negara ASEAN Akui Usaha...

LANGKAWI - Negara-negara ASEAN mengakui usaha untuk menangani dadah adalah amat sukar dan...

Celcom Beri Rebat Pelan...

KUALA LUMPUR - Celcom Axiata Bhd akan memberikan rebat cukai kepada pelanggan yang...

Penstrukturan Semula Bajet 2015 Bakal Diumum Najib Selasa Depan

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, sebagai langkah menangani kemerosotan nilai Ringgit Malaysia dan kejatuhan harga minyak, penstrukturan semula Bajet 2015 berkemungkinan bakal dibuat.

Tambah beliau, kerajaan kini sedang membuat penilaian berkenaan isu tersebut dan ia bakal diumumkan pada 20 Januari 2015, Selasa depan.

17ae

[BACA INI JUGA: Bajet 2015 Mungkin Distruktur Semula – Najib]

Memetik kenyatannya di portal berita The Malaysian Insider, “Kedua-dua faktor ini mempunyai impak positif berbanding negatif. Jadi Perdana Menteri akan membuat pengumuman pada 20 Januari ini.

Matlamat kita adalah menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020. Ini asas kepada kerajaan, swasta, rakyat dan badan bukan kerajaan. Cabaran perlu dilihat daripada segi positif, bukan negatif.”


Ujarnya lagi, bagi mengatasi masalah tersebut, mana-mana pihak tidak boleh terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata, tetapi memerlukan gabungan dari semua sektor, termasuk swatsa, pekerja dan rakyat.

Seperti kita hadapi perkara banjir, ia turut melibatkan kerjasama dan bantuan daripada badan bukan kerajaan.” – MYNEWSHUB.CC

Kos Sara Hidup & Keusahawanan Bajet 2015 – Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori