Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Isu Promosi Suplemen Bayi,...

BARU-BARU ini pelakon jelita, Neelofa teruk dikecam netizen tempatan gara-gara mempromosikan satu produk...

Hans-Neelofa Masih Kawan, Rapat...

PERSAHABATAN antara pelakon Noor Neelofa Mohd Noor dan pengarah Datuk Hans Isaac kini...

Fuziah Mengaku Tak Bersalah...

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh didakwa di Mahkamah Majistret di...

Ini Bukan Mohamed Salah,...

BAGHDAD - Menerusi penampilan berjambang, rambut kerinting dan jersi bola sepak, penyerang Iraq,...

Pensyarah MMU Reka Khemah Mampu Bantu Mangsa Banjir

CYBERJAYA – Sebagai usaha membantu mangsa-mangsa banjir dan para sukarelawan di Pantai Timur, seorang pensyarah Universiti Multimedia (MMU) mereka cipta teknik pemasangan khemah di lokasi bencana secara kreatif, mudah, ringkas dan menggunakan kos yang jauh lebih rendah.

Dr. Che Zulkhairi Abdullah
Dr. Che Zulkhairi Abdullah

Apa yang menarik, ciptaan teknik dan kepakaran itu diberikan secara percuma sahaja oleh Dr. Che Zulkhairi Abdullah dari Fakulti Multimedia Kreatif MMU kepada mangsa-mangsa, badan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana pihak yang hendak membantu memulihkan kawasan terjejas bencana.

“Sebagai contoh, sebuah khemah biasa yang dibeli dari luar negara berharga RM7,500 untuk tujuan membantu mangsa bencana.

“Tetapi menggunakan teknik ini, sebuah khemah dengan saiz sama boleh dibina di lokasi banjir dengan kos sekitar RM50 hingga 100 sahaja,” katanya ketika ditemui selepas membuat demonstrasi pemasangan khemah Projek Payung Kehidupan kepada para pelajar dan beberapa wakil NGO di MMU Cyberjaya.

Salah satu khemah yang dipamerkan sempena Projek Payung Kehidupan di MMU Cyberjaya semalam.
Contoh khemah untuk mangsa banjir yang dipamerkan sempena Projek Payung Kehidupan di MMU Cyberjaya .

Menurutnya, khemah tersebut dibina menggunakan bahan ringkas yang mudah diperoleh walaupun pada waktu bencana seperti kanvas atau kain, saluran paip pvc, batang kayu, penyambung siku L dan T paip pvc, tali, klip dan sejenis alat baharu direka cipta iaitu plastik pemegang kanvas.

Menggunakan bahan tersebut, khemah boleh dibina di lokasi dikenalpasti dengan memacakkan tiang paip yang dipasak ke dalam tanah dan diperkukuhkan dengan selut tanah banjir serta dicampur 10 peratus simen sebagai tiang khemah.

Kerangka khemah diperbuat daripada saluran paip pvc yang ringan dan mudah dibentuk mengikut kehendak dan keperluan, manakala bumbung menggunakan kanvas atau kain.

“Untuk membina khemah seperti sebuah rumah bersaiz 20 X 20 kaki dengan dua bilik, enam stor barang, sebuah serambi, satu tandas dan tempat mandi hanya mengambil masa lebih kurang satu jam.

“Penghuni juga boleh meluaskan khemah mengikut keperluan dari semasa ke semasa dengan hanya menambah barang-barang asas pembinaan tadi di mana-mana bahagian dikehendaki,” katanya yang berkelulusan doktor falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan Universiti Birmingham, United Kingdom.


Beliau yang akan menyertai rombongan Misi Bantuan Kemanusiaan MMU selama tiga hari bermula esok di Kelantan berkata, khemah tersebut boleh dibina pelbagai saiz termasuk saiz rumah setingkat atau rumah banglo.

Katanya, idea untuk merekacipta khemah Payung Kehidupan itu tercetus sebaik sahaja bencana banjir melanda Pantai Timur sejak 29 Disember lalu.

Dalam situasi pasca banjir, menurutnya, mangsa-mangsa banjir hilang tempat tinggal manakala sukarelawan yang datang membawa pelbagai makanan dan barangan pula tiada tempat tinggal sewajarnya untuk memudah dan melicinkan urusan mereka.

Jadi, katanya, khemah tersebut boleh didiami oleh sukarelawan dan juga menjadi tempat tinggal sementara mangsa sebelum rumah sendiri dibersihkan memandangkan jangka hayat ketahanan khemah itu antara tiga bulan hingga satu tahun.

“Saya tidak menjual apa-apa produk tetapi saya berikan percuma reka cipta, teknik, grafik, pelan dan khidmat nasihat kepada mangsa-mangsa, NGO, sukarelawan atau mana-mana pihak asalkan mangsa-mangsa banjir atau mereka yang dalam kesusahan dalam dibantu,” katanya.

Dr. Che Zulkhairi memberitahu, selepas mempelajari teknik itu maka mereka boleh memasang sendiri khemah tersebut menggunakan bahan binaan yang tidak memakan belanja besar.

Katanya, setakat ini terdapat beberapa NGO telah menunjukkan minat untuk mempelajari dan bercadang membina khemah berkenaan semasa melakukan misi bantuan kemanusian di Pantai Timur. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori