Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Saksi Tidak Pernah Siasat...

SHAH ALAM - Saksi Ke-15 dalam kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund...

PAN Perak Mangsa Fitnah...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) Perak mendakwa parti itu menjadi mangsa...

Zahid Terima Kejutan Hari...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima ‘kejutan’ sambutan...

Nak Serah Kerusi Pada...

KUALA LUMPUR - "Nak serah kerusi PAS kepada Parti Amanah Negara (PAN) tak...

Penumpang Keluar Pintu Salah, Jadual Pesawat Ditunda

LONDON – Gara-gara ratusan penumpang sebuah pesawat keluar melalui pintu yang salah, operasi lapangan terbang antarabangsa keempat paling sibuk di Britain, Stansted di sini terpaksa ditunda beberapa jam semalam, lapor media tempatan hari ini.

Kejadian tersebut berlaku apabila pesawat Ryanair, syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka Ireland; tiba dari Lisbon, ibu negara Portugal di terminal sejauh 48 kilometer dari London itu pada pukul 9.20 pagi Ahad (5.20 petang waktu Malaysia).

Sejurus mendarat, anak-anak kapal Ryanair mengarahkan para penumpang memasuki pintu yang ditetapkan dan tidak menyedari laluan akses tersebut sudah dibiarkan terbuka tanpa ada pemeriksaan ketat pihak imigresen dan terus menuju ke dewan ketibaan.

Sebaik menyedari ada puluhan penumpang warga asing berjaya memasuki Britain tanpa melalui proses saringan pasport antarabangsa, pihak berkuasa lapangan terbang kos rendah terbesar Eropah itu terpaksa menutup semua pintu keluar dari terminal.


Pasukan polis tempatan terpaksa bertungkus-lumus meminta penumpang pesawat terbabit kembali semula ke kaunter pemeriksaan imigresen Britain dan pada masa sama memeriksa teliti semua pelawat asing yang cuba keluar dari lapangan terbang itu.

Manchester Airports Group yang memiliki dan mengurus terminal tersebut selain tiga buah lagi lapangan terbang utama di Britain dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan menyiasat kes itu bagi mengenal pasti bagaimana kecuaian boleh berlaku.

Siasatan awal mendapati, ia bermula apabila fasiliti khas kerja-kerja pembersihan salji rosak menyebabkan puluhan penerbangan ditunda sepanjang hari sekali gus pihak imigresen menyangka tiada penumpang asing yang perlu diperiksa mereka. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori