Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Terima Kasih Dr. Mahathir”...

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan...

Puas Dimaki, Najib Enggan...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak enggan mengulas berhubung laporan media...

Rina Didakwa ‘Cari Publisiti’...

PETALING JAYA : Rina Harun dikecam sebagai “mencari publisiti” selepas menteri pembangunan wanita,...

Lebih 100,000 Kematian Akibat...

WASHINGTON - Angka kematian di Amerika Syarikat (AS) terus melepasi 100,000 orang ketika...

Penurunan Harga Kereta 20% Mampu Dicapai Menjelang 2017

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, kerajaan positif bahawa sasaran penurunan harga kereta sebanyak 20% menjelang 2017 mampu dicapai.

Dalam perbandingannya, beliau memberi contoh purata harga semua model dan varian kereta di negara ini yang telah turun sebanyak 12% semenjak 2013.

Pada 2013, purata harga kereta berkurangan sebanyak 5% dan tahun lepas, ia terus turun sebanyak 7% dan memberi manfaat kepada 72.5% pembeli,” ujar beliau dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, perangkaan tersebut merupakan perbandingan harga kereta di atas jalan terbaru dengan yang sebelumnya.

20130626_Dato_Sri_Mustapa_Mohamed_02_840_560_100

Ujarnya, Perodua mengurangkan harga MyVi sebanyak 11%, Proton sebanyak 13% bagi Proton Saga dan Honda sebanyak 17% bagi model Jazz.


Dalam pada itu, bercakap tentang Dasar Automotif Negara (NAP), beliau berkata, objektif utama NAP adalah untuk mengubah Malaysia menjadi hab kenderaan cekap tenaga (EEV) Asean menjelang 2020.

Objektif lain adalah membangunkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan bagi kenderaan pemanduan sebelah kanan dan teknologi berkaitan seperti kecekapan bahan api, bahan material ringan, telematik, perkakasan dan reka bentuk komponen.” – MYNEWSHUB.CC

Lima Kereta Paling Laju Di Dunia

https://www.youtube.com/watch?v=0HJ6JnqrxdI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori