Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Jualan Koleksi Bunga Beauty...

Hello everyone! Okay... di sini kami ada berita baik buat semua hijabista di...

Malindo Air Larang Peranti...

KUALA LUMPUR - Penumpang Malindo Air dilarang membawa peranti pergerakan peribadi seperti hoverboard,...

Wartawan Buruan Pakistan Telah...

Wartawan penyiasatan Pakistan Syed Fawad Ali Shah yang tinggal dalam buangan di Malaysia...

JDT Kehilangan Marcos Akibat...

JOHOR BAHRU - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa mengharungi baki saingan Liga...

Penyakit Bawaan Air Di Kalangan Mangsa Banjir Terkawal

PEKAN – Kementerian Kesihatan mengesahkan setakat ini penularan penyakit bawaan air dalam kalangan mangsa banjir di negara ini adalah terkawal.

Menteri Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata walaupun sebelum ini terdapat laporan mengatakan 30 kes penyakit kencing tikus berlaku di Kelantan, namun keadaannya tidak berisiko tinggi.

“Setakat ini juga kita belum menerima apa-apa laporan tentang penularan penyakit bawaan air yang lain seperti cholera atau pun typhoid.

“Kita mengucapkan penghargaan kepada Bahagian Penyakit Awam yang berjaya menjalankan tugas dengan cekap sepanjang musim banjir sekaligus berjaya mengekang penularan wabak bawaan air di kalangan mangsa banjir,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat Klinik Kesihatan Padang Rumbia yang dilanda banjir, dekat sini hari ini.


Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Dr Zainal Ariffin Omar.

Subramaniam menasihatkan penduduk di kawasan dilanda banjir agar sentiasa menjaga kesihatan dengan mengambil makanan dan minuman yang telah dimasak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori