Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Penunggang Maut Rempuh Kereta...

REMBAU: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh kereta yang berhenti di...

Poster Anti Korupsi: Ketua...

JOHOR BAHRU : Ketua Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Luqman Long hari...

Baru Belajar Bayar Cukai,...

Hanya kerana tidak reti menggunakan perisian yang perlu dalam pelaksanaan cukai barangan dan...

Bersih: Agenda Yahudi Hancur...

Oleh Yuktes Vijay (bekas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim)SEBAGAI mukadimah, nama asal Bersih...

Perintah Berkurung Di Esszone Dilanjutkan Hingga 25 Jan

KOTA KINABALU – Perintah berkurung yang berakhir esok, sejak dilaksanakan 19 Julai tahun lepas di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), dilanjutkan hingga 25 Jan dari pukul 7 malam hingga 5 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata keputusan melanjutkan tempoh perintah itu berkenaan dibuat selepas agensi keselamatan menilai situasi keselamatan semasa dan atas pemintaan pelbagai pihak, nelayan serta penduduk di kawasan berkenaan.

Perintah berkurung itu merentasi perairan daerah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Maklum balas yang diterima daripada persatuan nelayan, pengusaha pusat pelancongan dan pelancong di kawasan Esszone ialah mereka merasa selamat
menjalankan aktiviti harian dengan pelaksanaan perintah berkurung itu, kata Jalaluddin kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontijen Sabah di sini hari ini.


Pada majlis berkenaan Jalaluddin menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota polis yang cemerlang.

Sebab lain, kata Jalaluddin, ialah bagi memudahkan anggota agensi penguatkusaan dan keselamatan memantau dan menyekat laluan penjenayah rentas sempadan terutama pada waktu malam.

“Selagi ada ancaman, selagi itulah perintah berkurung ini akan diteruskan,” tegas Jalaluddin. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori