Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

UMNO Jerantut Lapor Polis...

JERANTUT - Pergerakan UMNO Bahagian Jerantut hari ini, membuat laporan polis berhubung kejadian...

Cadang Parlimen Dilakukan Secara...

KUALA LUMPUR - Pakar kesihatan awam mencadangkan persidangan Parlimen berlangsung secara hibrid sekurang-kurangnya...

Penyerang Kelab Bola Sepak...

LIVERPOOL – Pemain kelab bola sepak Liverpool, Sadio Mane dirakam mencuci bilik air...

LHDN Jangka Sasaran Kutipan...

Cyberjaya: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dijangka mampu mencapai sasaran kutipan cukai berjumlah...

Perkembangan Kesihatan Nik Aziz Tunjuk Reaksi Positif

KEADAAN mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kini dikhabarkan semakin pulih dan positif selepas dimasukkan ke wad ICU semalam.

Perkara ini disahkan anak beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh menerusi laman Facebook.

nik abduh wm

Perkembangan kesihatan Ayahanda

Alhamdulillah, pagi ini ayahanda menunjukkan reaksi lebih baik dan semakin positif terhadap semua rawatan yang diberikan.

Ayahanda sedar awal pagi tadi, solat subuh, minum tea O, bertanya khabar beberapa ketika dan mengukir senyum.

Selepas tidur kembali, beliau sedar dan minta untuk minum lagi.


Pihak doktor gembira dengan perkembangan, cuma menyatakan rawatan rapi akan terus dilakukan untuk tempoh ini.

Terima kasih rakyat Malaysia daripada kami seluruh keluarga.

Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
21 Januari 2015/ 30 Rabiul Awal 1436H
10.55 am

nik aziz wm

Menurut Nik Mohamad Abduh, keadaan bapanya semakin stabil namun masih memerlukan rawatan rapi kerana badannya masih lemah dan penyakit yang dihidapi masih lagi dalam keadaan tidak terkawal. -MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori