Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Ais Cair Di Gunung...

MENDAKI gunung tertinggi di dunia bukanlah perkara yang mudah. Di Gunung Everest misalnya, 300...

Cub Prix: Belum Masa...

MOHD Zaqhwan Zaidi enggan mengalah meskipun saingan kategori CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM...

KL2017: Wai Kin Silaukan...

MALAYSIA merangkul pingat emas dan perak bagi acara jianshu lelaki sukan wushu pada...

Jutawan Guna 8 Robot...

Seorang jutawan China menjadi perhatian ramai apabila dia membawa lapan pembantunya untuk membantu...

Perodua Buka Tempahan Untuk MyVi Baharu

KUALA LUMPUR – Perodua membuka tempahan untuk model Myvi baharunya, yang akan dilancarkan pada 15 Jan.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata kereta berkenaan menawarkan tahap keselamatan yang lebih tinggi.

Ia berkata ciri-ciri baharu keselamatan itu memperoleh penarafan empat bintang menerusi Program Penilaian Kereta Baharu Asean.

“Penambahbaikan ini dibuat selepas kajian mendalam,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh.

Myvi kini merupakan model Perodua yang paling berjaya dan menjadi kereta terlaris di Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut.


New-Myvi-Product-Info-ENGLISH-850x1207

Myvi baharu ini berharga antara RM41,500 dan RM58,900 di Semenanjung Malaysia dan didatangkan dalam dua warna, Electric Blue dan Cosmic Gold.

Ia adalah tambahan warna popular model itu yang sedia ada iaitu Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori