Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Suami Hilang ‘Selera’, Mak...

JIKA sebelum ini viral video seorang wanita dikenali sebagai Bella yang mengadu secara...

Banjir: 17 Laluan Ditutup...

KOTA BHARU - Sebanyak 17 laluan di tujuh jajahan di negeri ini ditutup...

Tarif Air Selangor Dijangka...

SHAH ALAM - Peningkatan tarif air di Selangor dijangka tidak dapat dielakkan selepas...

Najib Rasmi Taman Rekreasi...

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini merasmikan Taman Rekreasi...

Perubatan Swasta Gagal Kesan Simptom Denggi

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan mendapati 99 peratus sesi pertama perjumpaan pesakit bersama dengan pengamal perubatan di klinik dan hospital swasta gagal mengesan simptom denggi.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana laporan kes denggi terus meningkat dan diagnosis awal yang berkesan perlu dilakukan supaya tindakan segera dapat diambil.

Berikutan itu, Kementerian Kesihatan mengesyorkan klinik dan hospital swasta supaya memperkukuh kaedah mendiagnosis pesakit dengan menggunakan ujian ‘Combo Rapid Test Kit’.

“Saya harap semua pihak perubatan swasta memiliki kit ini dan menggunakannya. Tidak mengapa jika mereka terpaksa menggunakan sehingga empat kit namun hanya satu kes dikesan kerana kita tidak mahu terlepas mengesan walaupun satu kes,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dr Subramaniam berharap pihak perubatan swasta memandang serius isu denggi yang semakin meningkat ketika ini dengan menyimpan stok ujian “Combo Rapid Test Kit” yang mencukupi di klinik dan hospital masing-masing.

Sebanyak 8,502 kes denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tiga minggu pertama tahun ini, yang meningkat 65 peratus berbanding 5,141 kes yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.


Beliau juga meminta doktor melihat kepada tanda-tanda lain denggi dan memberi tumpuan kepada pesakit yang demam kerana denggi sehingga bukti menunjukkan sebaliknya.

“Kita juga mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam menjaga kebersihan sekeliling kerana persekitaran yang kotor adalah penyumbang utama peningkatan kes denggi,” katanya.

Dr Subramaniam berkata kementerian juga mendapati gigitan nyamuk aedes lebih banyak berlaku di dalam rumah dan berharap masyarakat mengambil langkah-langkah perlindungan seperti semburan aerosol di kawasan rumah semasa nyamuk aktif dari 6 pagi hingga 8 pagi dan 6 petang hingga 8 malam.

Selain itu, katanya pencegahan denggi ketika di luar rumah juga perlu diambil terutamanya bagi mereka yang keluar rumah di waktu nyamuk aedes aktif dengan menggunakan krim repelan atau memakai baju berlengan panjang dan berwarna cerah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori