Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penggeluar Amplifier Gitar Lancar...

AMPLIFIER jenama Marshall sering digunakan oleh lagenda gitar seperti Jimmy Page, Slash dan...

Gempa Bumi Lemah Di...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 pada skala Richter di luar...

Kastam Johor Tumpaskan Penyeludupan...

JOHOR BAHRU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menumpaskan penyeludupan rokok putih...

Dakwaan Syed Saddiq Amat...

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO menegur kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq...

Pesawat Terhempas, Kanak-Kanak Redah Hutan Sendirian

TAK dapat dibayangkan betapa kuatnya semangat Sailor Gutzler, 7, yang berjalan sejauh tiga setengah batu merentasi kawasan hutan untuk mendapatkan bantuan selepas pesawat ringan yang dpandu bapanya terhempas, Jumaat lalu.

Dalam nahas yang berlaku di Kentucky, Amerika Syarikat itu, bapanya, Marty Gutzler, 49, ibu, Kimberly Gutzler, 45, kakak, Piper Gutzler, 9, dan sepupu, Sierra Walder, 14 maut serta-merta di tempat kejadian.

Dalam keadaan berlumuran darah dan beberapa tulangnya retak, Sailor berjaya keluar dari bangkai pesawat itu dan terus berjalan sebelum menemui rumah seorang warga emas, Larry Wilkins, 71, pada jam 6.30 petang.

Larry ketika itu sedang menonton televisyen terkejut melihat keadaan kanak-kanak itu dan segera menghubungi talian kecemasan 911.

“Saya sangat kasihan melihatnya sehingga mengalirkan air mata. Dia gadis kecil yang sangat berani,” ujarnya.

Gambar yang diambil beberapa hari sebelum nahas pesawat ringan yang dipandu bapanya.
Gambar yang diambil beberapa hari sebelum pesawat ringan yang dipandu bapanya terhempas.
sailor
Saat-saat bahagia keluarga Gutzler sebelum tiga daripada mereka terbunuh dalam nahas pesawat, Jumaat lalu.

Sementara itu, pegawai polis, Sarjan Dean Patterson memberitahu pesawat itu dalam penerbangan ke Illinois dari Florida sebelum terhempas di kawasan hutan berdekatan tasik.


Pesawat itu ditemui dua jam selepas laporan polis dibuat dan dipercayai terhempas kerana masalah enjin.

Sailor yang sudah dibenarkan keluar hospital kini dijaga oleh datuk dan neneknya. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=O1ELa4nozJc

Oleh: ELZA

(Sumber: Mirror)

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori