Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

FAM Tubuh Badan Khas...

KELANA JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menubuhkan satu badan khas...

Raja Muda Selangor Sampai...

MELAKA - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari...

Daftar Vaksin AstraZeneca Bagi...

PUTRAJAYA - Pusingan kedua pendaftaran tempahan vaksin COVID-19 AstraZeneca akan dibuka kepada orang...

Hutang Pinjaman Kereta Punca...

HUTANG pinjaman kereta dikenal pasti menjadi punca utama kalangan rakyat mengalami muflis. Menurut Ketua...

Pesawat Bawa Pegawai Presiden Filipina Terbabas Di Tacloban

Sebuah pesawat yang membawa pegawai-pegawai khas Presiden Filipina Benigno Aquino terbabas di landasan di Lapangan Terbang Tacloban City ketika cuaca buruk hari ini.

Kejadian berlaku hanya beberapa ketika selepas Pope Francis berlepas dengan menggunakan pesawat berbeza dari lapangan terbang yang sama, memetik laporan AFP.

Menurut seorang Wakil Kanan Kerajaan Francis Tolentino, bahagian muncung pesawat itu terbenam di dalam lumpur bagaimanapun tiada penumpang yang cedera dalam insiden itu.

MENARIK – Pope Francis Pun Akui, Kebebasan Bersuara Mesti Ada Had

“Saya melihat ia bergerak di atas landasan sebelum kemudian ia terbabas,” kata Tolentino menurut laporan stesen radio DZMM.

Setiausaha Eksekutif Aquino, Paquito Ochoa dan Jurucakap Aquino, Herminio Coloma adalah antara penumpang pesawat khas berkenaan.

Mereka merupakan antara wakil kanan kerajaan Filipina yang mengiringi lawatan Francis ketika Pemimpin Kristian Katolik itu melawat mangsa yang terselamat dalam taufan Haiyan yang melanda Tacloban pada 2013.


Francis juga terpaksa memendekkan lawatannya ke kawasan itu kerana hujan lebat dan angin kencang akibat ribut tropika Mekkhala yang ketika itu di lokasi kira-kira 150km sahaja dari Tacloban.

Pesawat yang membawa Francis berlepas dari Tacloban kira-kira pukul 1 tengahari (waktu tempatan) dan selamat tiba semula di Manila.

Pesawat Pope Francis Selamat Mendarat Di Manila Dari Tacloban

Kemudian, pesawat yang membawa pegawai kanan Aquino ini cuba berlepas kurang 30 minit selepas itu tetapi gagal. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori