Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

88 Kg Sampah Dikutip...

KUALA LUMPUR - Sampah seberat hampir 88 kilogram berjaya dikutip dalam tempoh satu...

Saudi Aramco Atasi Apple...

RIYADH – Saudi Aramco berjaya mengalahkan Apple sebagai syarikat paling bernilai di dunia...

Jenazah Ketua Polis Kelantan...

BACHOK - Jenazah Allahyarham Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail selamat...

Shafei Sedia Bertanding Semula...

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Seri Dr Mohd Shafie...

Pilihan Raya PBT: Mustafa Ali Anggap Lim Guan Eng Celupar

HARI ini selain kekecohan dalaman parti MIC, Setiausaha Agung dua parti hari ini dilihat ada pertelagahan sesama sendiri biarpun mereka berada dalam pakatan yang sama.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini saling menyalahkan sesama sendiri berkenaan isu Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sebelum ini merupakan idea dari DAP.

Dalam satu sidang media, Mustafa mendedahkan semua cerita kemelut antara beliau dan Guan Eng berkenaan itu itu di Ibu Pejabat PAS, hari ini.

MENARIK – TPM Sifatkan Pilihan Raya PBT Tidak Perlu Diadakan

Beliau berkata, tuduhan yang dibuat Guan Eng dalam isu tersebut adalah satu pembohongan.

“Lim Guan Eng bukan sahaja cakap tidak tepat tapi tidak betul. Dia ni celupar mulut…,” kata Mustafa.

Atas isu itu, beliau mencabar dan mengajak Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berdebat secara terbuka.

“Saya akui memang Lim (Guan Eng) menelefon saya berkait dengan pilihan raya PBT tetapi selepas enakmen itu diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang,” katanya.

Mustapha berkata, beliau dimaklumkan mengenai enakman tersebut apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS-Pinang Tunggal Salleh Man menghubunginya untuk memberitahu dewan akan bentangkan usul tersebut.

Berkenaan adakah perkara tersebut sudah dibincangkan di peringkat tertinggi parti tidak dimaklumkan.

“Saya nasihatkan beliau (Salleh Man) jangan bercakap dan jangan undi,” katanya.


Perbuatan Guan Eng yang mendakwa Mustapha sebagai tidak jujur hanya membayangkan keceluparan anak kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu.

“Saya mencadangkan adakan debat terbuka antara saya dengan Lim (Guan Eng) supaya masing-masing dapat menjelaskan perspektif sebenar mengenainya.

“Supaya orang ramai boleh menilai siapa bercakap benar dan siapa bercakap bohong,” katanya.

Kedua-dua parti DAP dan PAS merupakan parti sekutu dalam Pakatan Rakyat bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada 25 Januari lepas, Guan Eng dalam kenyataan medianya mendakwa beliau sudah pun menghubungi, kedua-dua iaitu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mustafa sebelum Pulau Pinang memulakan kempen “undi ketiga” dengan membawanya ke mahkamah.

Pilihan raya PBT yang dicanang dan diperjuangkan oleh DAP tidak dipersetujui oleh PAS melalui Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang menyifatkannya sebagai tidak perlu diadakan.

– MYNEWSHUB.CC

MB Selangor Mohamed Azmin Ali Ajak PAS dan DAP Bincang Isu Pilihan Raya PBT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori