Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Salur Maklumat Pemerdagangan Manusia

IPOH - Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sindiket pemerdagangan manusia terutama melibatkan...

“Saya Pernah Dibuli Di...

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan seorang pemimpin yang...

UPM Disaran Hasilkan Teknologi...

BESUT - Universiti Putra Malaysia (UPM) disaran menghasilkan teknologi baharu dalam penanaman padi...

Larang Pasang Bendera Parti...

SEREMBAN – Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin menasihati parti-parti politik...

Pindaan Akta Hasutan Tidak Hakis Hak Sarawak Dan Sabah

MIRI – Hak Sarawak dan Sabah akan tetap dilindungi seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 apabila pindaan kepada Akta Hasutan 1948 berkuat kuasa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Beliau berkata pihak yang mendakwa pindaan itu kelak akan melenyapkan kritikan terhadap kerajaan persekutuan, perlu membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan tidak berasas.

“Sekarang pun kamu (pihak media) boleh membaca dan melihat benda-benda buruk disebut kepada kerajaan seperti di laman Facebook. Ini menunjukkan masih wujud kebebasan bersuara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ulang tahun ke-50 penubuhan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak Miri/Bintulu di sini hari ini.

Nancy berkata terdapat media arus perdana yang sentiasa mengkritik kerajaan walaupun sesetengah kritikan itu tidak berdasarkan fakta benar, tetapi kerajaan masih mengamalkan sikap bertimbang rasa.

“Kita tidak boleh memuaskan hati setiap orang, tetapi perlu menjaga kepentingan ramai termasuk golongan minoriti,” katanya dan menambah menjadi kebiasaan bagi sebarang pertubuhan atau individu yang tidak akan berpuas hati dengan kerajaan berhubung sesetengah isu.

Cadangan pindaan itu akan dibentang di Dewan Rakyat pada Mac ini, termasuk memasukkan peruntukan untuk mengenakan tindakan terhadap pihak yang menyeru pemisahan Sarawak dan Sabah daripada Malaysia.


Terdapat pihak perundangan di Sarawak dan Sabah yang berpendapat cadangan pindaan itu bakal mendatangkan kesan kepada hak kedua-dua negeri seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan ia boleh dicabar di mahkamah.

Mereka berpendapat setelah cadangan itu dikuatkuasakan, ia akan menghalang rakyat Sarawak dan Sabah daripada menyuarakan hak mereka sejajar dengan perjanjian itu atau melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan persekutuan.

Nancy berkata hak Sarawak dan Sabah akan sentiasa dilindungi kerana kedua-dua negeri mempunyai jawatankuasa khas peringkat menteri di persekutuan untuk membincang dan menyelesaikan masalah masyarakat setempat.

“Sebagi contoh, kita telah berjaya mengeluarkan kolum ‘Lain-Lain’ (bangsa) dalam borang kerajaan dan digantikan dengan Bumiputera. Kita telah berusaha ke arah itu sejak sekian lama dan kini berjaya melakukannya.

“Banyak benda yang kita cuba selesaikan yang kadang kala kita tidak hebahkan kepada media, tetapi akhirnya hak kedua-dua negeri sentiasa dilindungi,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori