Semasa membuat pengumuman Semakan Bajet 2015 hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyentuh tentang Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Program yang telah beroperasi sejak 2004 itu bakal ditangguhkan bagi sesi tahun ini selaras dengan hasrat kerajaan pusat untuk membuat penjimatan setelah situasi ekonomi global tidak menentu.
[BACA INI: Initipati Perutusan Khas Perdana Menteri Hari Ini]
Menurut Najib, langkah yang diputuskan tersebut bakal menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM400 juta.
Tambah beliau lagi, dalam menghadapi kejatuhan nilai matawang Ringgit juga harga minyak, program tersebut bakal dikaji dan disemak semula.
“Dengan ini saya mengumumkan penangguhan program PLKN sebanyak RM400 juta, ia bagi membolehkan program tersebut dikaji dan disemak semula,”ujar Najib semasa membuat pembentangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sementara itu, dalam reaksi terhadap keputusan tersebut, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien berkata, ia tidak akan menjejaskan perlaksanaan transformasi PLKN.
Ujarnya, satu makmal bakal diwujudkan bulah hadapan dan mengumpul semua pihak yang berkepentingan bagi membuat penelitian secara menyeluruh terhadap kerangka transformasi dan keputusan penangguhan tersebut.
Memetik kenyataan beliau di portal Berita Harian, “Penangguhan PLKN selama setahun ini sama sekali tidak memberi kesan besar dan menjejaskan pelaksanaan program PLKN secara keseluruhannya pada masa akan datang.” – MYNEWSHUB.CC
Diskusi Bajet 2015 Di Astro Awani