Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Rakyat Malaysia Keturunan Cina...

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia keturunan Cina bukan pendatang tetapi adalah anak watan...

Abang Johari Mahu PKS...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menggesa usahawan...

Video Zahid Yang Bangkitkan...

VIDEO kempen calon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang tersebar...

Diva Pop Ziana Zain...

HAMBOI-hamboi diva jelita kita, terserlah semua gelagat dan perangai sebenar apabila dia tidak...

PM Thailand Arah Tentera Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan

Thailand telah mengerahkan pasukan tenteranya di selatan negara itu untuk bergerak dan membantu mangsa banjir di Kelantan.

Araha dikeluarkan sendiri oleh Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayuth Chan-ocha, memetik laporan Mstar Online.

Panglima Tentera Bahagian Ke-4, Leftenan Jeneral Prakarn Chollayuth berkata Prayuth juga memberi arahan untuk semua badan kerajaan di selatan Thailan memberi bantuan kepada mangsa secepat mungkin.

MESTI BACA – Buru Budak Jarang Mandi Untuk Seks Di Thailand

Menurut beliau, Unit Keselamatan Dalam Negeri Bahagian Ke-4 mula menerima barangan keperluan dan peralatanan membina rumah serta membaiki kenderaan yang rosak bermula semalam.

“Untuk permulaan, kami merancang membawa sumbangan ke tiga kawasan di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas dan Tanah Merah pada 17 dan 18 Januari,” katanya dalam satu sidang media di Kem Sirinthorn, Yarang, semalam.


Prakarn berkata Pusat Penyelarah untuk menerima sumbangan berkenaan ialah di Pejabat Gabenor Wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkla.

“Penduduk yang ingin menghulurkan bantuan boleh berurusan di pejabat berkenaan,” katanya.

Pada bulan lepas, bencana banjir turut melanda selatan Thailand membabitkan tiga wilayah di kawasan selatan negara itu. – MYNEWSHUB.CC

Video Banjir Di Kelantan – Kelantan TV

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori