PIHAK polis berjanji akan membuat siasatan terhadap individu yang merakam dan memuatnaik video bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani yang diminta menyanyi ketika dalam tahanan dan bergari ke laman sosial.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun tweet beliau hari ini berkata, pihaknya juga akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang membuat rakaman itu.
BACA JUGA – Bekas Vokalis Kumpulan Rock Popular Ditahan Positif DadahÂÂ
“@PDRMsia akan siasat dan ambil tindakan tegas terhadap orang yang merakam dan muat naik video Zamani nyanyi semasa bergari,” katanya.
Hari ini tersebar satu klip video Zamani menyanyikan lagu popular kumpulan Slam, Gerimis Mengundang di balai polis dalam keadaan tangannya bergari.
Orang ramai khususnya peminat penyanyi tersebut tidak bersetuju dengan tindakan individu yang membuat dan memuatnaik rakaman itu tanpa mempedulikan aib dan maruah Zamani yang ketika itu dalam keadaan bergari.
Susulan itu pengguna twitter memperkenalkan hashtag #BantahTindakanPolisKpdZamani sebagai tanda bantahan kepada tindakan memuatnaik rakaman berkenaan.
Zamani yang popular sekitar tahun 90-an ditahan tengah malam Rabu bersama seorang wanita di rumahnya di Taman Keramat kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Hasil siasatan polis, Zamani didapati positif dadah jenis Morfin. –MYNEWSHUB.CC
**APA PUN…ucapan tahniah kepada Tan Sri Khalid kerana pantas bertindak dan memberikan respond.
Mawi Dan Zamani Slam – Tak Mungkin BerpalingÂÂ