PIHAK polis Perancis mengesahkan salah seorang anggota mereka yang terkorban dalam serangan tembakan ke atas syarikat penerbitan akhbar satirikal, Charlie Hebdo merupakan anggota polis beragama Islam yang dikenali sebagai Ahmed Merabet, 42.
Menerusi rakaman video dan gambar yang disiarkan pihak media di sana, dapat dilihat dua penyerang tersebut menembak mati Merabet yang ketika itu ditugaskan mengawal keselamatan di kawasan serangan tersebut.
Selepas tembakan pertama, Merabet dilaporkan tercedera dan terbaring di jalanan sebelum penyerang sekali lagi menembak tepat ke arah kepalanya.
Selain Merabet, identiti seorang lagi anggota polis yang terkorban dikenal pasti sebagai Franck Brinsolaro. – MYNEWSHUB.CC