BANGKOK – Polis menggiatkan buruan seorang lelaki yang didakwa merogol lapan wanita warga emas atau pertengahan umur serta membunuh dua daripadanya dalam kejadian yang berlaku di daerah Nakhon Pathom dan Samut Songkhram antara 2010 hingga 2014.
Ketua Biro Siasatan Pusat, Thitirat Nonghanpitak berkata, polis terus memburu suspek terutama selepas dia mengganas lagi pada 25 Disember tahun lalu.
Kata Thitirat, suspek seorang lelaki berketinggian 170 sentimeter dan berbadan sasa memecah masuk ke rumah wanita berusia 70 tahun untuk merogolnya.
Suspek turut menyerang anak perempuan wanita tua itu yang berusia 39 tahun.
Laporan doktor menunjukkan tiada kesan rogol selain luka akibat serangan fizikal. Namun polis menjumpai kesan air mani di tempat kejadian yang sepadan dengan lapan kes rogol lain.
Kes pertama berlaku pada 26 September 2010 membabitkan seorang wanita berusia 70 tahun yang dirogol di rumahnya di Nakhon Pathom.
Pada 10 November pula, seorang wanita berusia 71 tahun dari wilayah sama menjadi mangsa kedua lelaki terbabit.
Kes ketiga pada 8 Januari 2012 – membabitkan serangan seksual dan bunuh ke atas seorang wanita berusia 61 tahun.
Dua mangsa lain lelaki penggemar wanita warga emas itu berusia 59 dan 70 tahun.
Semua kejadian berlaku di Samut Songkhram pada 2012.
Hanya dalam kes keenam mangsa lelaki itu agak muda, iaitu berusia 47 tahun.
Pada 23 Mac 2012 suspek kembali menyerang wanita lebih tua, kali ini mangsa berusia 75 tahun.
Mangsa seterusnya wanita berusia 78 tahun mati pada 11 Jun 2013. – Agensi