Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mohamad Hasan Nafi Suaranya...

SEREMBAN - Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menafikan suaranya terkandung...

Teriakan ‘Boo’ Bergema Di...

KUALA LUMPUR: Dewan Merdeka bergema dengan teriakan ‘boo’ apabila Presiden Umno Ahmad Zahid...

Susulan Kejadian Wabak MERS-CoV...

PUTRAJAYA - Pada 20 Mei 2015, Republik Korea telah mengesan kes yang disahkan...

Pemuda MIC Lancar Tabung...

KUALA LUMPUR - Pemuda MIC hari ini melancarkan Pusat Bantuan Bencana Pemuda MIC...

Polis Nafi Berlaku Insiden Tetakan Kaum Di Pandan Jaya

KUALA LUMPUR – Polis hari ini menafikan khabar angin kononnya berlaku insiden tetakan antara kaum di Pandan Jaya, di sini, seperti disebarkan melalui aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad menegaskan tiada kejadian seumpama itu berlaku dan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.

“Keadaan di sekitar Pandan Jaya aman dan terkawal. Kehidupan masyarakat berjalan seperti biasa dan orang awam tidak perlu bimbang untuk keluar menjalankan aktiviti harian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan maklumat yang tidak berasas.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak berkongsi dan menyebar maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan. Bagi sebarang maklumat, sila rujuk pihak berkuasa” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori