Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

USA Ekstradisi Bekas Presiden...

TEGUCIGALPA – Bekas Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez diekstradisi ke Amerika Syarikat (USA)...

UMNO Johor Sumbang RM50k...

JOHOR BAHRU - UMNO Johor akan menyumbang RM50,000 kepada keluarga pesara kerajaan yang...

Selangor Tuai Hasil Kedua...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mula menuai...

Individu Muflis Boleh Keluar...

PUTRAJAYA - Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi memutuskan individu yang diisytiharkan muflis boleh membuat...

Budak Kena Culik Di Klang Ditemui Polis Khayal Diberi Dadah

SHAH ALAM — Polis menyelesaikan kes penculikan seorang
kanak-kanak lelaki berumur lima tahun di Klang pada 22 Jan lepas, dengan
tertangkapnya enam lelaki dalam dua serbuan, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah
berkata polis menemui kanak-kanak warga tempatan itu dalam serbuan pertama
di sebuah apartmen di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 12.05 pagi.

Beliau berkata polis menahan lima lelaki yang berada di rumah berkenaan,
dipercayai suspek yang terlibat dalam kes penculikan mangsa.

“Kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan khayal dan disyaki diberikan
dadah supaya mudah dikawal. Mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Bahagian
Pediatrik, Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan keadaannya setakat ini stabil
malah telah sedar daripada pengaruh dadah.

“Ketika dijumpai, tiada sebarang kesan kecederaan pada badan kanak-kanak itu
dan mangsa juga tidak diikat cuma berada dalam keadaan khayal namun jenis dadah
yang diberi padanya masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari
ini.

Katanya susulan tangkapan pertama itu, polis menahan seorang lagi lelaki
dipercayai saki baki anggota kumpulan penculik terbabit dalam serbuan kedua di
sebuah rumah di Taman Subang Permai, Subang Jaya kira-kira 2.15 pagi.

Mohd Adnan berkata siasatan awal polis mendapati suspek ada menghubungi
keluarga mangsa yang terlibat dalam bidang perniagaan untuk meminta wang tebusan
hampir RM850,000, malah turut mengugut untuk mencederakan kanak-kanak itu jika
wang tersebut gagal diserahkan.

“Pada Rabu lepas, keluarga mangsa ada terima satu SMS (sistem pesanan
ringkas) melalui telefon bimbit ibu mangsa yang turut dicuri ketika penculikan
itu dan meminta keluarga berkenaan menyerahkan wang tebusan sebanyak USD100,000,
AUD100,000 dan RM200,000.


“Namun, wang tebusan itu tidak sempat diserahkan kepada suspek dan polis
percaya penculikan berkenaan tidak terlibat dengan isu lain tapi semata-mata
mahukan wang kerana ada sebahagian daripada mereka mengenali mangsa dan
keluarganya,” kata beliau.

Menurut Mohd Adnan, kesemua suspek warga tempatan sedang disoal siasat bagi
mengenal pasti dalang utama kes penculikan berkenaan.

Kesemua suspek direman sehingga Jumaat depan untuk siasatan lanjut dan kes
disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961.

Kanak-kanak itu diculik dua lelaki yang memecah masuk rumahnya di Taman
Maznah, Klang dalam kejadian 2.10 pagi pada 22 Jan lepas, ketika mangsa sedang
tidur bersama ibu dan adiknya.

Kejadian tersebut disedari jiran mereka yang segera menghubungi polis.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam status
twitternya turut mengucapkan syabas kepada Pasukan Petugas Khas Jenayah
Terancang (Stafoc) dan JSJ Selangor atas kejayaan menyelamatkan kanak-kanak
tersebut.– BERNAMA

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori