Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Malaysia, Thai Usaha...

BANGKOK – Polis Malaysia dan Thailand akan meningkatkan usaha untuk menyelesaikan masalah orang...

Pemansuhan Elaun Kritikal Ditangguhkan

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) yang dijadual bermula...

Tahanan Bolos, Siasatan Dalaman...

JOHOR BAHRU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan melaksanakan siasatan dalaman...

Mayat Lelaki Jatuh Feri...

GEORGETOWN - Mayat seorang lelaki yang terjatuh daripada feri di Jeti Pangkalan Raja...

Polis Sudah Kenalpasti Dalang Rakam Klip Video Zamani

HASIL siasatan awal, pihak polis telah berjaya mengenalpasti anggota polis yang terlibat merakam dan menyebarkan video bekas penyanyi kumpulan Slam, Zamani yang diminta menyanyi dalam keadaan bergari.

Ketua Polis Negeri Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan dalam satu kenyataan berkata, siasatan kes itu dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Berikutan dakwaan penyebaran klip penyanyi Zamani semasa dalam tahanan polis baru-baru ini, pihak polis sangat memandang serius perbuatan tersebut,” kata kenyataan itu.

BACA JUGA – Polis Siasat Individu Rakam Nyanyian Zamani Ketika Bergari

Menurut beliau, polis Selangor turut meneruskan siasatan untuk mengenalpasti pegawai dan anggota lain yang terlibat sama menyebarkan video berkenaan.

Polisdikenalpasti

“Siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Mohd Shukri berkata, siasatan dalaman dari segi salahlaku dan pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) juga sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) polis Kontinjen Selangor.

“Polis Selangor memberi jaminan bahawa siasatan yang telus akan dijalankan tanpa melindungi sesiapa dan tindakan dalaman mengikut peraturan tatatertib akan dikenakan terhadap anggota polis terlibat,” katanya.


Hari ini, di laman sosial Facebook tersebar klip video Zamani dalam keadaan tangannya bergari menyanyikan lagu popular kumpulan Slam sekitar tahun 90-an, Gerimis Mengundang.

Zamani dipercayai menyanyikan lagu itu selepas diarah anggota polis yang turut bertindak merakam nyanyiannya itu dengan telefon bimbit seterusnya memuatnaik video berkenaan ke laman sosial.

http://youtu.be/bCAxQS44g_0

Peminat Slam, khususnya Zamani melenting dengan tindakan itu yang disifatkan sebagai mengaibkan penyanyi tersebut.

Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim, 43, ditahan bersama seorang wanita berusia 32 tahun yang turut positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira jam 12.30 pagi, Rabu.

Dia ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori