Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

10 Maut Helikopter Bertembung...

BUENOS AIRES - Seramai 10 orang maut apabila dua helikopter bertembung di udara...

Siapa Abu Hamzah, Pengganas...

MELIHAT gambar wajahnya, orangnya kelihatan seperti pemuda tempatan lain: berkulit sawo matang dan...

Penumpang Pesawat Biadap AirAsia...

GAMBAR seorang wanita meletakkan kakinya di tempat letak tangan seorang lagi penumpang wanita...

Jerebu: Kualiti Udara Seluruh...

KUALA LUMPUR - Keadaan jerebu di seluruh negara terus menunjukkan perkembangan positif dengan...

Polis Wanita Indonesia Bakal Dibenar Pakai Jilbab

Jakarta – Polis wanita Indonesia bakal dibenarkan memakai jilbab apabila perintah kebenaran mengenainya ditandatangani tidak lama lagi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Indonesia, Badrodin Haiti, dia sudah bersedia untuk meluluskan peraturan mengenai kod etika berpakaian itu tidak lama lagi.

“Sebaik saja surat itu ditandatangani, pegawai wanita boleh mula memakai jilbab,” katanya.

Badrodin berkata, surat berkenaan akan ditandatangani minggu depan, namun tiada sebarang tarikh khusus dinyatakan.

“Surat itu sudah dipersiapkan, cuma menunggu masa untuk ditandatangani,” katanya.


Ketika ini tiada sebarang peraturan membenarkan pegawai wanita memakai jilbab, kecuali untuk anggota polis di Aceh.

Sebelum ini, Majlis Ulama Indonesia (MUI) Riau mendesak kerajaan membenarkan polis wanita menutup aurat ketika bertugas.

Ketua MUI Riau, Prof Dr H Mahdini berkata, mereka menggesa Badrodin menggubal udang-undang baru bagi membenarkan polis wanita memakai jilbab.

“Sudah 68 tahun polis di negara ini wujud. Ertinya sudah lebih setengah abad,” katanya. – Agensi

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori