Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Kenapa Seluar Dalam Laki...

KEDAI dobi layan diri sememangnya dijadikan pilihan kebanyakan pasangan yang berkerjaya untuk membasuh...

Wanita Tak Ingat Rogol...

SEORANG wanita Seattle, Chantae Gilman, berdepan dengan tuduhan merogol selepas seorang lelaki mendakwa...

Rombakan Besar-Besaran Semua Bahagian...

IPOH - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat rombakan besar-besaran peringkat atasan di...

Kanak-Kanak 5 Tahun Didera...

GOERGETOWN - Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun ditemui dengan kesan lebam di bahagian...

Presiden PAS Saran PasMA Sertai DAP!

KUALA LUMPUR – “Kita dalam Pakatan Rakyat (PR) bukanlah dalam bahtera yang sama. Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahtera lain dan DAP bahtera lain. Kena faham”.

Demikian kenyataan terbuka Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke atas Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang sering mengkritik pimpinan parti itu kerana didakwa tidak mesra PR.

Tegas Abdul Hadi, PasMa yang merasakan `bahtera’ PAS bergerak perlahan atau ada kekurangan tidak sepatutnya membocorkan atau merosakkan `bahtera’ berkenaan.

“PasMa ni ibarat mereka yang menebuk kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi. Pergilah ke kapal DAP, kapal PKR,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Abdul Hadi, `bahtera’ PAS menggabungkan pelbagai kepakaran justeru tidak timbul pertembungan antara golongan ulama dan professional dalam parti itu kerana PAS terbuka menerima sesiapa yang memperjuangkan Islam.


“PAS meraikan kepelbagaian pandangan yang dibatasi dengan syarak. Perlembagaan PAS meletakkan Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias sebagai undang undang tertinggi dalam menentukan sesuatu pendirian.

“Para ulama yang pakar dan berkebolehan dalam merujuk kitab-kitab ulama terdahulu serta kepakaran mereka dalam bidang syariat dihimpunkan dalam Majlis Syura Ulama bagi memandu PAS agar tidak terbabas daripada sempadan syarak,” jelasnya. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=5w6A3_BJAK8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori