SANAA – Presiden Yaman, Abd-Rabbu Mansour Hadi letak jawatan akibat tekanan pemberontak yang menyerbu masuk ke istananya sekali gus mengheret negara itu ke kancah huru-hara dan membantutkan kerjasama dalam usaha Amerika Syarikat (AS) memerangi gerakan Al-Qaeda.
Hadi, bekas jeneral menyalahkan pemberontak Houthi yang merampas Sanaa kerana menjejaskan usaha dua tahunnya untuk membawa kestabilan terhadap negara itu selepas bertahun-tahun akibat pertelagahan di antara puak pemisah dan pemberontak, ditambah kemiskinan dan serangan roket AS terhadap militan Islam.
Pengumuman mengejut peletakan jawatan Presiden di negara Semenanjung Arab yang didiami kira-kira 25 juta penduduk, menyaksikan pemberontak Houthi yang disokong Iran muncul puak paling berkuasa selepas menguasai ibu negara Sanaa pada September lalu dan menetapkan pelbagai syarat ke atas Hadi. -Reuters