Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Elaun OKU Bekerja Lebih...

PUTRAJAYA - Orang kurang upaya (OKU) yang bekerja menerima elaun lebih tinggi berbanding...

Bukit Aman, IPK Selangor...

KUALA LUMPUR - Polis Bukit Aman dan Kontinjen Selangor akan bekerjasama memburu dalang...

Semua Kementerian Diminta Percepat...

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) – Setiap kementerian telah diminta untuk mempercepatkan projek...

“Gambar Di Kedai Emas...

PELAKON baharu Ruhainies atau nama sebenarnya Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 24, menafikan dakwaan...

Pupuk Bakat Pelajar Melayu Ke Arena Debat Antarabangsa

KUALA LUMPUR – Universiti tempatan dicadang mengambil inisiatif memupuk bakat pelajar Melayu di universiti masing-masing yang berkebolehan dalam bahasa Inggeris ke arena debat antarabangsa.

Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata berdasarkan pemerhatiannya, kemunculan pelajar Melayu dalam debat peringkat antarabangsa pada masa ini masih tidak menyerlah.

Rais, yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata pelajar-pelajar berkenaan perlu diberi peluang dan dilatih teknik berdebat sebagai usaha mengasah bakat terpendam masing-masing.

“Pokoknya di sini ialah mereka (pelajar Melayu) perlu diberi peluang dan dilatih…latihan itu perlu. Kita tidak akan pandai dengan sendirinya untuk berucap dalam majlis menggunakan bahasa Inggeris di tahap intelektual atau tahap meyakinkan masyarakat antarabangsa.

“Jadi untuk itu kita mesti melatih mereka ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Debat AntaraUniversiti OIC kali ketiga di UIAM dekat sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Rais berkata pelajar universiti tidak dibenarkan melibatkan diri dalam aktiviti politik di kampus kerana boleh menjejaskan tumpuan terhadap pelajaran masing-masing.


Sebaliknya, kata beliau, mereka perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap usaha menuntut ilmu supaya menjadi insan yang penuh dengan idea berfaedah untuk pembangunan negara.

“Kita masuk universiti untuk mencari ilmu. Jika dada sudah sebak dengan perasaan dan sentimen politik, ilmu apa yang akan masuk?,” katanya.

Pemenang kejohanan debat itu ialah pasukan dari UIAM terdiri daripada Syed Saddiq Syed Abdurrahman dan Mubarrat Wassey manakala tempat kedua pula diraih pasukan Independent University Bangladesh terdiri daripada Fardeen Ameen dan Christopher Sang Ma.

Tempat ketiga disandang pasukan dari Islamic University of Technology (Bangladesh) terdiri daripada Syed Muqsit Razee dan Mohammad Dewal.

Para pemenang membawa pulang wang tunai dan trofi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori