Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tweet Berbaur Hina, Pengguna...

SEORANG pengguna laman mikro Twitter dea (@ndiafrsln) telah memuat naik tweet berbaur sindiran...

Siang Polis, Malam Jadi...

ANGGOTA polis dipercayai ā€˜bapa ayamā€™ ditahan bersama enam yang lain di sebuah hotel...

Ukir Mall Dicadang Dijadikan...

ALOR SETAR - Pemuda UMNO Kedah hari ini menyerahkan memorandum mencadangkan Kompleks Ukir...

Lebih 13,500 Mangsa Banjir...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat sedikit setakat 1 tengah...

QZ8501: Kawasan Mencari Diperluas

PANGKALAN BUN, Indonesia – Beberapa pesawat terus mencari serpihan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di laut dan pesisiran pantai, memanfaatkan perubahan cuaca hari ini selepas cuaca buruk sejak beberapa hari lalu mengganggu usaha mencari bangkai pesawat dan kotak hitam.

Pesawat Airbus A320-200 itu terhempas ke Laut Jawa Ahad lalu ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura. Ia membawa 162 penumpang dan kru. Setakat ini, tiada mereka yang selamat ditemui.

Badan Mencari dan Menyelamat Indonesia (BASARNAS) menyatakan kawasan mencari diperluaskan hari ini berikutan kemungkinan serpihan pesawat QZ8501 hanyut lebih daripada 200 batu nautika manakala helikopter akan menumpukan pencarian sepanjang pesisir selatan Kalimantan.

“Berikutan angin kencang, ombak dan arus, kami memperluaskan kawasan mencari kepada 210 batu nautika,” kata Leftenan Kolonel Tentera Udara, Johnson said.


Sejumlah 21 mayat ditemui semalam, termasuk dua yang masih mengenakan tali pinggan keledar, menjadikan keseluruhan 30 mayat.

Beberapa serpihan kecil pesawat turut ditemui tetapi tiada petunjuk berhubung kedudukan kotak hitam. – Reuters

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori