Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Format 4 Pemain Import...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (KAFA) mengakui format baharu Liga...

Ayam Belanda Ini Naik...

SAN FRANCISCO - Seorang penumpang terkejut apabila melihat seekor ayam belanda berjalan terkedek-kedek...

Prof Osman Bakar Dilantik...

KUALA LUMPUR: Tokoh pemikir Islam, Datuk Prof Emeritus Dr Osman Bakar dilantik sebagai...

139 Projek R&D Lulus...

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah meluluskan 139 projek berkaitan penyelidikan dan pembangunan (R&D)...

QZ8501 : Penyiasat Harap Temui Petunjuk Dalam Masa Seminggu

Pasukan penyiasat Indonesia akan melakukan analisis kepada dua kotak hitam pesawat AirAsia QZ8501 yang sudah terhempas lebih dua minggu lepas, hari ini.

Mereka berharap akan menemui petunjuk baru dalam masa beberapa hari lagi berkenaan apa yang menyebabkan nahas pesawat itu yang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura dan membawa bersama 162 orang penumpang dan anak kapal.

Kedua-dua kotak hitam itu ditemui dalam masa 24 jam oleh penyelam dalam minggu ini ditemui daripada kawasan serpihan pesawat berkenaan turut dijumpai.

MESTI BACA – Kisah Penyelam Sama Jumpa 2 Kotak Hitam QZ8501 Dalam 24 Jam

Ketika ini, kotak hitam yang merakam data penerbangan dan suara perbualan juruterbang di dalam kokpit sedang berada di Jakarta untuk analisis.

Kedua-duanya ditemui berada dalam keadaan baik.


“Dalam masa seminggu, kita akan dapat menganalisisnya,” kata Ketua Penyiasat Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia Mardjono Siswosuwarno.

Pesawat kelolaan AirAsia Indonesia itu terhempas di Laut Jawa dan membunuh kesemua penumpang dan anak kapal serta dipercayai berhadapan cuaca buruk ketika penerbangan. – MYNEWSHUB.CC

Video Saat Kotak Hitam Pesawat AirAsia Dikesan

http://youtu.be/mc6LYamtmio

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori