Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PRK Rantau: SPR Hantar...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menghantar kad pengundi kepada 20,922 orang...

Pemimpin PKR Jumpa Menteri...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd. Akin...

HKL Sediakan Khemah Untuk...

KUALA LUMPUR - Hospital Kuala Lumpur hari ini menyediakan khemah dan kerusi kepada...

11 Dipanah Petir Di...

PARIS - Sembilan kanak-kanak dan dua dewasa dipanah petir di sebuah taman di...

QZ8501: Rumah Sakit Tiada Mesin Pendingin, Mayat Kian Membusuk

PANGKALAN BUN: Hari ini masuk hari ketujuh pencarian mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501.

Disebabkan tempoh yang sudah agak lama sejak pesawat hilang serta keadaan suhu dan cuaca sekitar, mayat mangsa nahas yang ditemui pasukan pencari semakin membusuk dan rosak.

Tambah memburukkan keadaan, Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Sultan Imanuddin di sini, tidak mempunyai mesin pendingin untuk membolehkan mayat dapat segera disimpan tanpa terus merosak.

Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Sultan Imanuddin tidak mempunyai mempunyai mesin pendingin mayat seperti ini, membuatkan mayat mangsa nahas QZ8501 yang ditemui pasukan pencari kian rosak jika tidak dipindahkan ke Surabaya dengan segera.
Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Sultan Imanuddin tidak mempunyai mempunyai mesin pendingin mayat seperti ini, membuatkan mayat mangsa nahas QZ8501 yang ditemui pasukan pencari kian rosak jika tidak dipindahkan ke Surabaya dengan segera.

Justeru, mayat yang ditemui pasukan SAR perlu diterbangkan secepat mungkin ke Surabaya.

“Imanuddin tidak mempunyai mesin pendingin. Upaya yang dilakukan adalah menghantar jenazah secepat mungkin ke Surabaya,” kata Pengarah Eksekutif Pasukan Pengecam Mangsa Bencana (DVI) Anton Castilani di Pangkalan Udara Iskandar, Pangkalan Bun, Kotawaringin Barat, pada Sabtu.

Tambah Anton, pasukannya di Pangkalan Bun berusaha memastikan keadaan mayat tidak terus rosak agar pasukan DVI di Surabaya tidak terlalu sulit melakukan kerja seterusnya.

Proses melibatkan bahan kimia untuk tujuan ini kata Anton, bukanlah pilihan terbaik kerana ia boleh menyulitkan lagi kerja pasukannya di Surabaya untuk membuat pengecaman identiti mayat.


Jadi buat masa ini, pasukan DVI di Pangkalan Bun hanya mampu memasukkan mayat mangsa nahas ke dalam peti jenazah, sambil berharap peti tersebut tidak bocor agar tidak ‘mencemari’ penerbangan ke Surabaya.

“Apa pun yang paling ideal kalau kami diberikan mesin pendingin,” tegas Anton.
– MYNEWSHUB.CC

VIDEO TONY FERNANDES HADIRI UPACARA PEMAKAMAN PRAMUGARI AIR ASIA KHAIRUNISA

https://www.youtube.com/watch?v=6LVCC14GarA

Sumber: Metrotvnews.com

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori