Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Ghaddar Kembali Kuatkan Jentera...

KOTA BHARU - Bekas penyerang import Kelantan musim lalu, Mohammed Ghaddar akan kembali...

Azniee Sarung Jersi Harimau...

KUALA LUMPUR - Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) yang berhijrah ke pasukan...

Dr. Zakir Naik Buat...

PUTRAJAYA - Pendakwah Islam terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Abdul Karim Naik melakukan kunjungan...

PM Hadiri Sidang Kemuncak...

SYDNEY - Pemimpin negara anggota ASEAN dan Australia dijangka membentangkan dua dokumen penting...

Rafizi Lempar Kata-Kata Kesat Dalam Facebook

KUALA LUMPUR – Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mempamerkan sikap tidak matang beliau melalui laman Facebook  miliknya semalam.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR melalui media sosial itu membuat kenyataan yang mengejek penyokong Barisan Nasional (BN) dengan kata-kata kesat.

“Sudah lama ‘page’ ini kurang kelibat macai. Rupanya bila dibongkarkan rasuah dan penyelewengan, senyap saja macai. Bila ada hebahan program Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR), keluarlah macai-macai untuk maki hamun. Berdebat dengan fakta tidak pandai, maki hamun jadi pakaian macai. Hodoh sungguh,” kata Rafizi dalam kenyataan itu.

Kenyataan Rafizi tersebut mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna Facebook termasuk yang kurang senang dengan gaya bahasa yang digunakan pemimpin PKR itu.


Sikap itu menurut mereka tidak mencerminkan tahap intelektual seorang yang berjawatan tinggi dalam sebuah parti.

“Ini page YANG BERHORMAT ke.ayat mcm xde kehormatan diri je.sorry to say lah tp statement mcm otak class D.mcm org x pegi sekolah je.tp xtau lah betol ke x ni page official dia,” komen seorang pengguna Facebook.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori