Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Landskap Pendidikan Tinggi Berhadapan...

TANJUNG MALIM: Landskap pendidikan tinggi dalam negara mengalami perubahan yang drastik susulan ‘rempuhan’...

Achey Bawa Baju Abam...

KITA kena kuat ya chey (Achey)... dapat semangat aku balik, demikian luahan sebak...

Yazer, Ekin AF Timang...

SELAIN Yusry KRU dan Lisa Surihani, tanggal 15 September lalu turut melakar sejarah...

76 Kematian Covid-19, 2...

PUTRAJAYA – Kes kematian Covid-19 menurun di bawah angka 100 dengan 76 kes...

Raja Arab Saudi Dimakam Dalam Kubur Tak Bertanda

RAJA Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz dimakamkan dalam sebuah kubur tidak bertanda selepas solat Jumaat.

Sementara itu, peralihan tampuk kuasa berjalan lancar apabila takhta berpindah kepada adik Raja Abdullah iaitu Raja Salman Abdulaziz manakala adik tirinya, Muqrin dilantik sebagai putera mahkota.

Salman_bin_Abdull_aziz_December_9,_2013

Menurut laporan media, jenazah Raja Abdullah akan dikafankan dengan kain putih dan diusung oleh ahli keluarganya ke dalam ambulans seterusnya dibawa ke masjid untuk disembahyangkan sebelum ke tanah perkuburan untuk dimakamkan.

Solat jenazah diimamkan oleh Raja Salman sendiri dan dihadiri oleh ketua negara Islam serta diplomat kanan termasuk rakan baik Raja Abdullah iaitu Presiden Mesir, Abdel Fatteh al-Sisi.


[BACA INI JUGA: PM Batal Program Untuk Hadiri Pengebumian Raja Abdullah]

Bagi golongan kenamaan, mereka akan melakukan penghormatan terakhir kepada raja itu dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Selepas solat Maghrib, Raja Salman dan Putera Mahkota Muqrin akan membuat ikrar taat setia di hadapan kerabat pemerintah, ulama Wahabi, ketua puak, ahli perniagaan utama serta orang penting di negara tersebut.

Laporan Berita Antarabangsa Kemangkatan Raja Abdullah Abdulaziz

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori