Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

YDP Agong Bimbang Kekerapan...

PEKAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad...

Aplikasi Nuklear Dalam Pertanian...

PADANG TERAP - Aplikasi nuklear dalam bidang pertanian terutama dalam penghasilan benih cendawan...

Comelnya… Aliff Dan Bella...

ALAHAI comelnya awak sayang... Akhirnya, buat pertama kali penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz...

Tambang BRT Laluan Sunway...

KUALA LUMPUR - Kadar tambang untuk perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) laluan Sunway...

Raja Muda Perlis Lancar Gimik Pertandingan Candat Sotong

KUALA PERLIS – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan gimik pelancaran bagi mempromosi pertandingan mencandat sotong peringkat negeri Perlis 2015 di Jeti Kastam Kuala Perlis, di sini malam tadi.

Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajudddin Areeb Putra.

Hadir sama, Ketua Polis Perlis Datuk Zull Aznam Haron, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Perlis Anuar Abidin dan Timbalan Presiden Kelab Memancing dan Rekreasi Perlis Jasmi Johari.

Baginda dan keluarga turut berkenan menaiki bot ke lokasi mencandat sotong di pesisiran pantai Kuala Sungai Baru dan mencuba menyauk sotong iaitu aktiviti yang semakin popular dalam kalangan kaki pancing di Perlis.


Pertandingan mencatat sotong dijadual berlangsung pada 14 Feb di pantai Kuala Sungai Baru.

Pertandingan anjuran kerajaan Perlis dengan kerjasasama Kelab Memancing dan Rekreasi Perlis serta Radio Amatur Melayu Malaysia itu terhad kepada 60 bot dengan lima orang setiap pasukan. Tarikh tutup pertandingan pada 7 Feb.

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi urusetia pertandingan Zulkepli Amin melalui telefon 013-9923979, Jasmi Johari (012-43322354) dan Mohd Saiful (019-5486137). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori