Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Pemain Thailand Diberi Amaran...

BANGKOK - Jurulatih Thailand Kiatisak Senamuang memberi amaran kepada anak buahnya agar tidak...

“Kenapa Kereta Saya Kena,...

APA perasaan anda jika kenderaan yang diletakkan di dalam kawasan perumahan anda kena...

‘Low Yat 2’ Himpun...

SELAMA ini jika mahu membeli barangan digital dan elektronik terutama gajet atau telefon bimbit, salah...

Pasukan Pengaman Malaysia Di...

KUALA LUMPUR - Pasukan pengaman Malaysia dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)...

Raja Muda Perlis Mahu Rakyat Manfaatkan Perpustakaan

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu setiap rakyat negeri ini sentiasa menggunakan perpustakaan yang dibina kerajaan untuk menimba sebanyak mungkin ilmu.

Baginda bertitah kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk membina perpustakaan termasuk di pekan kecil dan desa semata-mata agar rakyat dapat meningkatkan pembacaan serta menambah ilmu.

“Kemudahan yang tidak digunakan hanya membazir dan rakyat akan terus ketinggalan maklumat jika mereka tidak berminat membaca,” titah baginda ketika merasmikan Perpustakaan Bestari Samsung di Perpustakaan Negara Malaysia Perlis di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Syed Faizuddin turut menyambut baik pendekatan Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd (Samsung) yang menempatkan pelbagai peralatan elektronik di satu sudut di perpustakaan Perlis yang menyajikan pelbagai maklumat melalui teknologi terkini.

“Masyarakat di Perlis hendaklah bersedia menggunakan segala kemudahan yang disediakan atau ia akan menjadi sia-sia,” titah baginda.


Dalam ucapannya, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Nafisah Ahmad berkata Perlis adalah negeri pertama mendapat kemudahan Perpustakaan Bestari Samsung, selepas pembukaan pertama di Perpustakaan Negara di Kuala Lumpur pada 16 Jun tahun lepas.

Katanya hampir 6,000 orang telah menggunakan kemudahan tersebut setakat Disember lepas dan berharap sambutan yang sama diberi oleh masyarakat di Perlis.

Pengarah Hal Ehwal Koporat Samsung Roh Jee Yeol berkata Perpustakaan Bestari Samsung di Perlis menempatkan 35 alat peranti Samsung yang diakses kepada 4,300 tajuk e-buku pelbagai genre dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.

Kandungan tambahan seperti e-Majalah, e-Akhbar dan laman web interaktif dengan keupayaan pandang dengar untuk kegunaan percuma, mampu menampung 105,000 pengguna setiap tahun, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori