KUALA LUMPUR: Orang ramai khususnya di media sosial tidak bersetuju dengan cadangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk memperkenalkan kenderaan tuk-tuk sebagai penyelesaian lebih murah bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.
Menerusi satu undian yang dilakukan Astro AWANI pada Selasa, sebahagian besar pembaca bersetuju penggunaan tuk-tuk tidak bersesuaian digunakan di jalan bandar kerana hanya akan menambah kepada masalah kesesakan jalan raya.
Antara alasan yang diberikan orang ramai ialah “menambahkan lagi traffic jam“, “mencemarkan imej bandar”, “menyusahkan pengguna jalan”, “kurang selamat” dan “ketinggalan zaman”.
@501Awani tidak. Akan buat jalan lagi jem.
 Khairul Nizam (@NizamArchibald) January 13, 2015
@501Awani kalau kat negeri2 leh la…ni buat kat kl bertambah sesak laaaaa
 Roy Cyborg (@roykage) January 13, 2015
@501Awani saya bantah yang arif! Bas dan teksi yang sedia ada di beberapa bandar besar selain KL tu elok dipertingkatkan duku mutu
 okedkvmv (@okedkama) January 13, 2015
@501Awani Tak sesuai. Dulu kerajaan kata nk wujudkan LRT utk kurangkan jumlah kenderaan di jalanraya. Adakah tuk-tuk ni bergerak atas angin?
 Metaboiilism (@_ahmadboii) January 13, 2015
Berdasarkan peratusan undian, seramai hampir 33 peratus merasakan langkah itu ‘amat tidak sesuai’, 17.05 peratus merasakannya ‘tidak sesuai’, manakala kira-kira 30 peratus merasakannya ‘amat sesuai’, hampir 13 peratus merasakannya ‘sesuai’ dan selebihnya ‘neutral.
Selain itu, kebanyakan mereka turut menyeru kerajaan supaya meningkatkan kecekapan perkhidmatan sedia ada termasuk bas, teksi, komuter, LRT dan juga monorel.
Dalam pada itu, para pengguna Facebook di laman akaun Astro AWANI turut memberikan pandangan mereka yang berbeza-beza.
“Ada lebih baik galakkan orang guna basikal atau basikal elektrik yang boleh diguna di kaki lima,” kata Shahrul Azli.
Bagi Edith William Nesbit pula, sekiranya tuk-tuk digunakan, ia perlulah diberi reka bentuk yang lebih moden.
Menurut Edith, agak menyedihkan jika reka bentuk yang digunakan adalah yang lama.
Seorang lagi pengguna Facebook, Farrah Sofea berpendapat bahawa penggunaan tuk-tuk di jalan raya adalah berbahaya kerana dikhuatiri akan dilanggar oleh kenderaan yang lebih laju.
“Tidak perlu, lagi pun rasanya bahaya naik tuk-tuk ni sebab kecil dan takut kena langgar dengan kenderaan lain yang dipandu laju,” katanya.
Sementara itu, terdapat juga pihak yang bersetuju dengan penggunaan tuk-tuk dengan alasan bahawa ianya mesra alam dan menjimatkan.
Selain itu, terdapat segelintir pembaca mencadangkan agar ianya dicuba di beberapa kawasan dahulu sebelum diberi penilaian.
@501Awani idea yg bagus. Boleh cuba di beberapa kawasan & kemudian buat penilaian. Jika hasilnya positif, apa salah nya. /p> ÙÂبأ(@aminfaiz10) January 13, 2015
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar baru-baru ini memberikan cadangan untuk memperkenalkan tuk-tuk sebagai penyelesaian yang lebih murah, lebih-lebih lagi dengan kemungkinan kenaikan tambang teksi tahun ini.
Pihak SPAD bercadang untuk memperkenalkannya menjelang akhir tahun ini.
Tuk-tuk merujuk kepada kenderaan roda tiga bermotor yang popular digunakan sebagai pengangkutan awam di kota-kota pelancongan seperti Bangkok, Thailand.
Di Jakarta, kenderaan yang lebih kurang sama dipanggil ojek atau bajai. – Astro AwaniÂÂ