BUKAN sedikit tohmahan diterima penaja utama Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL29), Qu Puteh terutama sekali kepada pengasasnya, Dato Dr Hajjah Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato Vida.
Bermacam-macam kutukan yang dilemparkan terhadap Qu Puteh yang dikatakan terlalu over promote sehingga overshadow anugerah muzik berprestij tersebut.
Namun begitu, dalam ramai-ramai yang dok mencerca, ada juga yang tampil membela nasib Dato Vida dan produk kebanggaannya.
Antaranya konduktur muzik terkenal, Dato Ramli MS yang mempertahankan Dato Vida serta Qu Puteh daripada terus dimaki oleh masyarakat umum.
Menerusi posting yang dimuatnaik di laman Facebooknya, Ramli menegur sikap sebahagian masyarakat yang sehingga kini tak sudah-sudah mempertikaikan penglibatan Qu Puteh dalam AJL 29.
Tulisnya, “Kesian Qu Puteh korang kutuk macam-macam. Dia la yang taja penuh AJL29. Juta-juta duit dia keluar. Korang ingat dia pakai surat khabar ke bayar TV3. Adat orang meniaga macam tu la. Apa pun cara dia tu kan dia. Tahun hadapan siapa-siapa yang berani keluar RM3 juta nak lawan dia saya alu-alukan. Sebab produksi TV3 mesti buat parti lonjak-lonjak suka. Kalau yang berani mati keluar 100 juta lagi best AJL30 buat kat Paris bawa 10 ribu penonton Malaysia sekali. Hahahaha”.
Pergh, RM3 juta tu Qu Puteh sponsor, tak hairanlah setiap detik dan masa mereka perlu sebut Qu Puteh sentiasa!
So, ada ke mana-mana syarikat yang nak menyahut cabaran Dato Ramli ni? Hehe..
-MYNEWSHUB.CC