Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Reaksi Lucu Bayi...

Ternyata bukan mudah untuk bayi lelaki bernama Landon ini menyesuaikan diri dengan kehadiran...

Mahathir Elak Nyata Pendirian...

"BEBERAPA tahun lalu, semasa zaman Tun Mahathir Mohamad dulu, pernah Tun mengumumkan yang...

‘Kekuasaan Kehakiman Ditekan Ke...

Bekas perdana menteri Najib Razak menyifatkan sistem kehakiman negara telah tidak berpihak kepadanya.Ikuti...

SADA Jamin Bekalan Air...

ALOR SETAR - Syarikat Air Darul Aman (SADA) memberi jaminan bekalan air di...

Redha Dan Doakan Yang Terbaik Untuk Mangsa Nahas MH370…

DENGAN pengisytiharan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai satu kemalangan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman, kesemua 239 penumpang dan anak kapal kini sudah dianggap terkorban.

Biarpun ramai yang mempertikaikan keputusan itu kerana dianggap tiada bukti seperti serpihan mahupun mayat penumpang, ia sebenarnya mempunyai hikmah yang tersendiri.

Pengumuman itu bukan sahaja membolehkan keluarga penumpang menuntut pampasan dan mendapat bantuan yang sewajarnya, tetapi sebenarnya membuka lembaran baru untuk mereka jika ia diterima dengan hati terbuka.

Kerajaan Malaysia sudah melakukan yang terbaik dalam usaha mencari dan menyelamat sehingga melibatkan penggunaan 160 aset termasuklah 65 pesawat dan 95 kapal selain pakar dari 25 negara.

Sebaiknya, sebagai rakyat Malaysia, apa yang boleh kita lakukan ialah menghentikan sebarang spekulasi yang kita sendiri tidak pasti kesahihannya.

Fikir secara lojik, apa faedah yang kerajaan dapat kalau menyembunyikan hal berkaitan MH370?  Berapa banyak negara lain termasuk kuasa besar dunia, China pun sedang menyiasat kejadian itu dan tidak pulak tampil dengan sebarang dakwaan konspirasi melibatkan Malaysia.

Redhalah dan doakan  yang terbaik untuk kesemua mangsa pesawat MH370 dengan harapan roh mereka diberikan ketenangan dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


Sedekah Al-Fatihah pastinya lebih baik dari mempersoalkan yang bukan-bukan… – MYNEWSHUB.CC

bodoh 1

bodoh 2

bodoh 3

bodoh 4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori