Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Aliran Trafik Menghala Utara,...

KUALA LUMPUR : Aliran trafik melibatkan laluan menuju ke arah utara dan pantai...

TMJ Sindir Khairy.. Suruh...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail kelmarin meminta Menteri...

Anak Syarikat Pos Malaysia...

KUALA LUMPUR - PNSL Bhd memeterai dua memorandum persefahaman untuk membeli dua buah...

Anwar Kena Biar Mahathir...

SINIS... Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran biar sahaja Tun Dr. Mahathir Mohamad jadi...

Remaja Cedera Di Serang Jerung Ketika Menangkap Ikan

NEW SOUTH WALES – AUSTRALIA. Seorang remaja dilaporkan diserang seekor jerung ketika menangkap ikan di pantai Mollymook di selatan New South Wales, hari ini.

Sam Smith, 17, dikatakan diserang oleh pemangsa sepanjang 1.5 meter itu ketika dihampiri oleh ikan tersebut.

Menurut rakannya, Luke Sisinni, Smith dikatakan cuba merakam kehadiran ikan tersebut sebaik ternampak kelibat ikan itu.

Namun situasi tenang bertukar cemas apabila pemangsa itu mula menghampiri mangsa dan menyerang mangsa.

“Dia cuba menakutkan ikan itu. Dia menikamnya dengan lembing yang digunakan untuk menangkap ikan.


“Tapi ikan itu terus menyerang dan menggigitnya. Dia naik ke darat (pantai) dan mula menjerit mengatakan dia diserang oleh seekor jerung,” katanya.

Memetik laporan dari portal berita 9News.com, remaja tersebut dibawa ke Hospital Milton Ulladulla untuk menerima rawatan lanjut sebelum dipindahkan ke Hospital St George di Sydney.

Mangsa dirawat di bahagian tangan kanan serta jari dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. – SHarian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori