Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Muzik Video Kanye Papar...

PENYANYI dan rapper terkenal, Kanye West sekali lagi menggemparkan industri hiburan antarabangsa apabila...

Isu Lynas: Apa Pendirian...

KANGAR - Isu operasi kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) adalah...

Terpulang Kepada Keluarga Nora...

SEREMBAN - Tindakan saman sivil yang dilakukan oleh keluarga mendiang Nora Anne Quoirin...

Proses Mengundi Di Jepun...

TOKYO – Pilihan raya Dewan Negara Jepun tetap diteruskan seperti dijadualkan semalam, dua...

Remaja Perempuan Curi Kalung 30 Berlian Harga RM17 Juta

HONG KONG – Polis China pada Jumaat melancarkan gerakan secara besar-besaran untuk memburu seorang remaja perempuan yang disyaki berjaya melesapkan seutas kalung bertatahkan 30 berlian dan bernilai HK$36 juta (RM16.7 juta).

Akhbar berpengaruh Hong Kong, South China Morning Post pada Sabtu melaporkan, suspek berusia dari 12 hingga 14 tahun dipercayai mencuri permata itu yang mengandungi emas jenis 100 karat dari sebuah kedai barangan mewah di sini pada Khamis.

Remaja itu memakai baju kemeja warna biru dan seluar panjang hitam dibantu lagi dua wanita dan seorang lelaki dewasa berpakaian kemas umur lingkungan 30-an memasuki kedai terkenal Emperor Jewellery di daerah beli-belah popular Tsim Sha Tsui.

Tiga orang dewasa itu berpura-pura mahu berbelanja besar dan sibuk meminta petugas kedai menunjukkan beberapa barangan kemas bagi mengalihkan perhatian ketika remaja tersebut mencuri kunci laci pameran dan terus melarikan kalung berkenaan.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan suspek remaja perempuan berjalan selepas berjaya mencuri kalung permata dari sebuah kedai mewah di Hong Kong. – Gambar hiasan

Rakaman kamera litar tertutup di kedai itu menunjukkan empat suspek tersebut berada di premis berkenaan selama setengah jam sahaja dan anehnya, petugas seperti dipukau apabila hanya menyedari kehilangan kalung itu beberapa jam kemudian.


Siasatan awal mendapati, kumpulan suspek bergaya tersebut bertutur dalam dialek standard Putonghua dan memasuki premis terletak di dalam kompleks beli-belah 1881 Heritage pukul 3 petang sebelum keluar tanpa membeli apa-apa barangan pun.

Seorang penyelia Emperor Jewellery berusia 63 tahun kemudian menyedari kalung berkenaan hilang dari rak pameran pukul 5 petang dan segera menutup premis sebelum menghubungi polis yang datang bagi menjalankan siasatan lebih lanjut.

Polis Hong Kong menggambarkan remaja perempuan licik itu sebagai bertubuh kurus dengan tinggi 1.4 meter dan memakai baju bertudung warna kelabu bagi menyembunyikan wajahnya daripada dirakam oleh kamera pengawasan kedai tersebut. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori