Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

20 Warga Filipina Ditahan...

JOHOR BAHRU - Seramai 20 warga Filipina ditahan atas pelbagai kesalahan penyalahgunaan dokumen...

Kawal Kebanjiran Pekerja Asing...

KUALA LUMPUR - Bertahun-tahun, isu kebanjiran pekerja asing serta pendatang asing tanpa izin...

Mahasiswa B40 Boleh Mohon...

CYBERJAYA - Seramai 350,000 mahasiswa golongan B40 di seluruh negara bakal menerima Inisiatif...

Ramai Ragu Beli Tauge...

PENDEDAHAN Harian Metro berhubung penanaman dan penjualan tauge oleh pendatang tanpa izin (PATI) Bangladesh...

Rempuh Anak Dengan Van Ketika Cuba Lari Dari Polis

HANGZHOU, China – Ia merupakan pengalaman pedih kepada pasangan Liu Tien, 45, dan isterinya, Hsiung, 40, apabila mereka melanggar anak sendiri secara tidak sengaja ketika melarikan diri daripada polis.

Kejadian berlaku di bandar Hangzhou apabila kedua-duanya yang merupakan penjual di jalanan telah berniaga tanpa lesen.

Sebaik sahaja melihat kelibat polis menuju ke arah mereka, Liu dan Hsiung kemudiannya masuk ke dalam van mereka tanpa menyedari bahawa anak lelaki mereka, Wu yang berusia empat tahun sedang bermain di depan van tersebut.

Mereka kemudiannya merempuh kanak-kanak itu, menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut saksi, Chung Lai, dia mendengar bunyi kuat di jalan dan mendapati sepasang suami isteri sedang meraung.

“Di sebelah mereka adalah seorang kanak-kanak yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah,’’ katanya.


Polis kemudiannya menghubungi ambulans namun budak itu sudah tidak bernyawa akibat kecederaan parah di kepala.

Dalam pada itu, pasangan berkenaan dihujani dengan kritikan dan hentaman daripada orang ramai melalui media sosial.

Mereka menyifatkan Liu dan Hsiung sebagai cuai dan lalai kerana membiarkan anak mereka bermain di jalan raya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori