Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Projek ECRL Pencetus Perubahan...

KUANTAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan pembinaan...

Turki Tarik Balik Larangan...

ANKARA - Tentera Turki mula menarik balik larangan bersejarah mengenai pemakaian tudung ketika...

Op Kesan Jejak 171...

Alor Setar : Polis Kedah melancarkan Op Kesan bagi mengesan baki 171 pelarian...

Tokoh Agama, Penyanyi Asal...

SINGAPURA – Guru agama serta pembimbing haji dan umrah terkenal di Singapura, Ustaz...

Restoran Bertaraf Lima Bintang Dalam Penjara?

PERNAHKAH anda terfikir di dalam sebuah penjara terdapat sebuah restoran mewah bertaraf 5 bintang?

Mungkin agak pelik jika difikirkan namun tidak di Penjara HMP Brixton, London.

Restoran yang dinamakan The Clink Charity ini didirikan untuk mengurangkan kadar jenayah dalam kalangan banduan dan supaya mampu mendorong mereka membuat perkara lebih baik.

Pekerja di restoran ini terdiri daripada banduan daripada pelayan hinggalah ke tukang masak.

Walaupun chef restoran ini seorang banduan namun masakannya adalah setaraf dengan chef di restoran mahal lain.

Restoran ini sudah mempunyai tiga cawangan setakat ini iaitu di penjara Brixton, London dan dua lagi di penjara yangterletak di Surrey dan Cardiff, Wales.

288228_restoran-penjara-di-brixton--london_663_382
Screen Shot 2015-01-06 at 2.27.56 PM
The-Clink-Restaurant-at-HMP-Brixton-1-pic-courtesy-of-The-Clink-Charity


Walaupun pengunjung yang ingin menjamu selera di restoran harus melalui pemeriksaan ketat termasuk memberi cop jari dan gambar, jumlah yang datang amat memberangsangkan malah pelanggan harus menempah meja 72 jam sebelum datang.

Bukan itu sahaja, usia pengunjung juga terhad, hanya yang berusia 18 tahun ke atas sahaja boleh memasuki restoran ini dan tidak dibenarkan sama sekali menggunakan telefon bimbit di dalamnya.

Beg dan dompet juga, harus ditinggalkan di atas meja penyambut tetamu. –MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=4rTlt7Z4QD8

Sumber: Thrillist

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori