Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kecoh ‘Hantu’ Tutup Pintu...

SERAM... Ini bukan drama ngeri atau filem tahyul, namun kisah pintu platform sebuah...

Jengka Green Bakal Ubah...

MARAN - Projek pembangunan Jengka Green yang meliputi kediaman jenis pangsapuri, hotel dan...

Suami Cedera Dipukul Isteri...

BUKIT MERTAJAM - Seorang mekanik luka dan lebam di muka, mulut serta dagu...

MB Johor Jawab Isu...

ISKANDAR PUTERI - Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan menjawab...

Restoran Nasi Kandar Line Clear Diserbu MPPP Tanpa Notis

JIKA ke Pulau Pinang, kunjungan pastinya kurang lengkap jika tidak datang ke restoran Nasi Kandar Line Clear (NKLC) yang cukup tersohor di negeri itu.

Terletak di sebuah lorong sempit di Jalan Pulau Pinang, George Town, restoran itu sudah beroperasi sejak tahun 1932 dan cukup terkenal dengan kesedapan nasi dan lauknya di kalangan pelanggan.

Bagaimanapun, kira-kira jam 4 pagi tadi, pemilik restoran tersebut, Hashim Abdul Hamid terkejut apabila meja, kerusi dan peralatan dapur di premis perniagaannya diangkut oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang tiba dengan dua buah lori.

Memetik The Rakyat Post, ketika kejadian terdapat beberapa pelanggan sedang menikmati nasi kandar di premis berkenaan yang beroperasi 24 jam sehari.

Menurut Hashim, pihak MPPP langsung tidak menjelaskan tujuan tindakan apatah lagi memberikan sebarang notis awal dan mereka hanya mampu melihat sahaja.

Justeru, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Timur Laut berhubung insiden itu.


Namun, menerusi laporan Berita Harian, pihak MPPP telah membuat penjelasan bahawa serbuan dan rampasan dilakukan kerana restoran itu menjalankan perniagaan tanpa lesen bagi tahun 2015.

Salah seorang pemilik restoran NKLC, Abdul Hamid Seeni Pakir, 65, dikatakan mengakui mereka tidak memiliki lesen tetapi pernah memohon sekurang-kurangnya lima kali iaitu pada tahun 2006, 2009, 2010, 2011 dan 2012 namun tidak diluluskan MPPP.

Sebelum ini, media tempatan pernah melaporkan restoran tersebut bakal menghadapi risiko penutupan gara-gara masalah lesen akibat perebutan giliran berniaga antara ahli keluarga pemilik restoran tersebut. -MYNEWSHUB.CC

Oleh: ELZA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori