Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kilang Ais Alami Kebocoran...

GEORGE TOWN - Sebuah kilang membuat ais di Jalan Permatang Damar Laut, Bayan...

Takiyuddin Masuk Hospital Akibat...

PETALING JAYA – Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan telah dimasukkan...

Hati-Hati… Bahaya Minum Teh...

TEH bukan sahaja merupakan salah minuman yang tertua di dunia, malahan mempunyai pelbagai...

Belajar Di Mana Sahaja,...

JOHOR BAHRU - Belajar di mana sahaja asalkan belajar. Begitulah semangat yang ditunjukkan oleh seorang...

Ribuan Kucing China Diselamat Dari Hidangan

HANOI – Ribuan kucing yang diseludup dari China untuk dijadikan hidangan berjaya diselamatkan, kata polis semalam.

Hidangan daging kucing dianggap istimewa di Vietnam dan penduduk setempat menggelarnya sebagai “harimau kecil.”

Jurucakap polis semalam berkata, mereka menahan sebuah lori sedang dalam perjalanan ke ibu negara Vietnam pada Selasa lalu.

“Ketika diperiksa kami mendapati bahagian belakang lori berkenaan penuh dengan kucing.

“Secara keseluruhan kucing itu seberat 3,000 kilogram,” katanya.

Kerajaan sudah mengharamkan daging kucing untuk dijadikan hidangan di Vietnam, namun ia masih disajikan dengan meluas di beberapa restoran tertentu.


Kata jurucakap itu, pemandu lori mengaku dia membawa kucing itu dari wilayah Quang Ninh yang bersempadan dengan China.

“Menurut undang-undang, semua kucing ini sepatutnya dilupuskan tetapi kami masih memikirkannya kerana jumlah yang terbabit adalah sangat banyak,” katanya dalam satu kenyataan.

cats3

Imej yang didedahkan media tempatan menunjukkan kucing itu berada dalam keadaan amat menyedihkan.

Ia dikurung dalam sangkar buluh yang sempit dan disusun berhimpit-himpit antara satu sama lain. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori