Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bila Anak Tunjuk Bakat...

BIASANYA kalau kereta tercalar sikit pun, maka pemiliknya boleh jadi tak tidur malam...

Tok Guru Masih Kenal...

DATUK Dr Haron Din mengatakan keadaan kesihatan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz...

3 Rakyat Malaysia Ditahan...

SADAO - Dua lelaki dan seorang wanita rakyat Malaysia ditahan polis Thailand di...

Istana Kelantan Tarik Darjah...

PANAS... Apakah benar Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad antara tiga individu...

Riezman Khuzaimi Ceraikan Isteri Dengan Talak Satu

TIADA siapa menyangka ikatan rumahtangga yang dibina oleh pelakon Riezman Khuzaimi dan isterinya, Kartina Ayub sejak hampir 14 tahun lalu terlerai jua di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini.

Memetik Berita Harian, dia mengakui perpisahan dengan talak satu itu dilakukan secara baik dan turut menganggap ia sebagai ujian untuk kedua-dua belah pihak.

“Ia lebih kepada hal dalaman. Persefahaman dan naluri itu sudah mula terhakis hingga ia jadi hambar.

“Saya sendiri pun sejak tahun lalu banyak mendekatkan diri dengan Tuhan. Perpisahan ini terjadi tanpa mahu membebankan diri masing-masing. Kita berpisah ikut landasan Islam.

“Malah sebelum berpisah ini pun kami tak pernah tidak tinggal sebumbung. Perpisahan ini harapnya akan mengubah hidup kami jadi lebih baik. Insya-Allah.

“Kami akan bergilir-gilir jaga anak. Sekolah anak pun dekat dengan rumah kami,” jelasnya.


image (1)

Menerusi perkongsian hidup mereka, Riezman dan Kartina dikurniakan dua anak iaitu Afiq Kiraman, 12 dan Ruzain Nars, 7.

Biarpun sudah bercerai, kami doakan agar hubungan baik antara kedua-duanya akan terus terjalin demi anak-anak.

Sekurang-kurangnya mereka tidak akan terasa kehilangan biarpun ibu bapa sudah tidak lagi bersama. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: ELZA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori