Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Najib Tunaikan Janji –...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan pemimpin yang...

Polis AS Tahan 11...

MIAMI - Seramai 11 lelaki Florida ditahan, termasuk kakitangan Disney dan Legoland serta...

JPJ Bantu PDRM, ATM...

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan...

TH Tak Jual Tanah...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) merancang membangunkan pangsapuri kediaman di...

Drpd Kongkong, Lebih Baik Letak Pasangan Dalam Kelambu

JIKA berkahwin dengan golongan selebriti terutamanya pelakon, pastinya mental seseorang itu perlu kuat kerana seperti yang diketahui kadang kala pelakon perlu membawakan watak-watak romantis demi menjayakan sesebuah naskah yang dilakonkannya itu.

Aktres Rita Rudaini tidak terkecuali memberikan pendapatnya berhubung isu tersebut ketika ditanya media mengenai keselesaannya ketika berlakon bersama suami atau kekasih orang lain.

“Saya ada prinsip sendiri. Saya susah nak suka dan jatuh cinta dengan seseorang. Kalau ada yang tersuka, itu di luar pengetahuan dan saya tak pernah nak ambil tahu. Berlakon dengan suami dan kekasih orang, terdetik juga rasa takut kerana bimbang perasaan dan tanggapan pasangan mereka.

“Tapi jangan risau, saya bukan seperti itu. Siapa yang pernah berlakon dengan saya, pasti lebih tahu. Yang ragu-ragu dan takut itu, adalah mereka yang tidak pernah berlakon dan bekerja dengan saya,” katanya memetik Media Hiburan.


Ketika ditanya pendapatnya mengenai sesetengah wanita yang mengongkong pasangan daripada bergandingan dengan pelakon wanita lain, Rita menjelaskan, “saya memang tidak boleh dengan orang seperti itu. Kalau betul dia nak kongkong, baik ambil, bawa balik dan letak pasangan itu di dalam kelabu. Kalau percayakan pasangan, perlu terbuka dalam hal ini,” katanya.

Rita juga menyifatkan wanita yang mengongkong suaminya sendiri ibarat menyekat periuk nasi orang lain yang turut sama bergandingan dengan pasangan mereka. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori