Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

ADUN Balakong Maut Dalam...

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee maut...

Khairy Tak Campur Tangan...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin tidak akan campur tangan...

Saya, Ashraf Muslim Sudah...

KISAH cinta antara pelakon Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim sudah lama tinggal sebagai...

Ibu Campak Anak Dari...

Gila, ibu bapa bergaduh, anak yang menjadi mangsa. Kejadian ini berlaku di Hubei,...

Rizab Antarabangsa BNM Sebanyak RM388.6 Bilion

KUALA LUMPUR – Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak RM388.6 bilion (AS$111.2 bilion) pada 15 Januari 2015.

Mengikut BNM, kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$101.9 bilion), kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (AS$900 juta), Hak Pengeluaran Khas (AS$1.9 bilion), emas (AS$1.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$5.1 bilion).

Jumlah aset BNM sebanyak RM408.27 bilion.


Aset lain termasuk Kertas Kerajaan Malaysia (RM2.4 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.64 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM6.54 bilion) dan aset lain (RM6.96 bilion), kata bank pusat itu dalam satu kenyataan.

Modal dan tanggungannya membabitkan modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM71.39 bilion), mata wang dalam edaran (RM78.63 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM126.12 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM12.92 bilion), deposit lain (RM1.93 bilion), Kertas BNM (RM98.11 bilion), peruntukan untuk hak pengeluaran khas (RM6.82 bilion), dan liabiliti lain (RM12.25 bilion). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori