Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Remaja Digesa Sertai Silat,...

KANGAR - Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menasihatkan golongan remaja agar...

Spekulasi Thailand Lepaskan Air...

DUNGUN - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata spekulasi kononnya Thailand...

Demam Panas, Aaron Aziz...

SIAPA tidak kenal Aaron Aziz yang merupakan satu nama besar serta juga tidak...

BPN 2.0 Disalur Berperingkat...

KUALA LUMPUR, 16 Okt -- Bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah RM7 bilion akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima sedia ada daripada kategori isi rumah dan individu bujang secara berperingkat bermula 26 Okt ini.

RM108,000 Hangus Kerana Tidak Percaya Bank

Bulawayo – Kerana tidak percayakan bank, seorang wanita rugi AS$30,000 (RM108,000) apabila rumah dan wangnya hangus selepas dipanah petir.

Regina Sibanda, 60, berkata dia baru mendapat wang tambahan hasil jualan tujuh lembu dan bercadang membeli rumah di Bulawayo. Dia juga menyimpan wang yang dihantar anak-anaknya yang bekerja di luar negara.

Katanya, selain wang, dokumen penting seperti sijil kelahiran, pasport dan kad pengenalan anak serta cucunya turut musnah dalam kebakaran itu.

“Ketika kejadian, saya duduk di pondok yang dijadikan dapur bersama cucu. Cuaca tiba-tiba berangin dan saya menjangkakan hujan akan turun.


“Namun tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi kuat sebelum melihat rumah saya terbakar.

“Saya menjerit meminta bantuan jiran, namun sudah terlambat. Kami hanya mampu memandang apabila rumah itu terus hangus,” katanya. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori