Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Segera Laksana Moratorium Automatik...

JOHOR BAHRU - Kerajaan didesak segera melaksanakan moratorium automatik hingga hujung tahun ini...

Laporan Majlis Penasihat Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Akta Rahsia Rasmi (OSA) pernah ditentang habis-habisan oleh pemimpin Pakatan...

HASiL Your Tax Buddy...

Sebilangan masyarakat di luar negara memiliki stigma terhadap mereka yang enggan membayar cukai...

Buka Semula Sempadan Pilihan...

PUTRAJAYA - Membuka semula sempadan adalah perkara terakhir akan dilakukan Malaysia, yang secara...

RM800 Juta Tak Cukup Bantu Mangsa Banjir – Ismail Sabri

Peruntukkan bantuan sebanyak RM800 juta yang dibelanjakan kerajaan buat mangsa-mangsa banjir melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak mencukupi bagi menampung kemusnahan yang dialami mereka.

Namun demikian, menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau tidak mempunyai jumlah keseluruhan kerugian yang dialami penduduk di negeri terjejas kerana ia bakal diputuskan Kementerian Kewangan.

Memetik kenyataannya dalam portal The Malaysian Insider, “Saya tidak pasti sama ada jumlah tersebut termasuk dalam kerugian ternakan, ladang-ladang yang dialami sewaktu banjir. 

Ini kerana ramai lagi (mangsa) yang tidak pulang ke rumah mereka. Jadi kami tidak tahu berapa jumlah kerugian yang terlibat.

Apapun, perlu tunggu laporan daripada Kementerian Kewangan. Mungkin dalam masa seminggu kita akan dapatkan laporan yang terperinci.”

Tambahnya, Jabatan Kerja Raya (JKR) sahaja memerlukan beberapa ratus juga bagi membaiki jalan yang mengalami kerosakkan.

MANIK_URAI_291214_TMIHASNOOR_19 10404262_946601818690929_1320796369102293399_n

Pada 5 Januari lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dilaporkan berkata, sebanyak RM800 juta telah dibelanjakan kerajaan menerusi MKN bagi membantu mangsa banjir.


Dana berkenaan digunapakai pada bantuan seperti pembekalan makanan, operasi logistik serta pembersihan kediaman-kediaman mangsa.

Dalam pada itu, Ismail berkata, mereka baru sahaja mewujudkan satu tabung bantuan bencana agro makanan berjumlah RM50 juta khas untuk para nelayan, petani serta penternak.

Kalau biasa kita menganggap RM50 juta itu mencukupi, tapi dengan banjir yang teruk itu belum tentu cukup. Jadi, kita tetap akan memohon daripada Kementerian Kewangan untuk nelayan, petani dan penternak,” – MYNEWSHUB.CC

 

Bantuan Banjir Merupakan Ujian Buat Orang Yang Tak Kena Banjir – Ustaz Azhar Idrus

https://www.youtube.com/watch?v=4wAs3ciUw3c

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori