Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pelancong Wanita Jepun Kena...

PATNA - INDIA. Seorang pelancong Jepun dijadikan tebusan selama hampir tiga minggu dan...

Tubuh Pasukan Khas Bawa...

KANGAR - Polis akan menubuhkan pasukan khas bagi memastikan tiga suspek terbabit insiden...

Jabatan Muzium Cadang Bina...

TAIPING - Jabatan Muzium bercadang untuk membina sebuah muzium alam semulajadi di Putrajaya...

Aznil Bengang 10 Ribu...

Nampaknya, pengacara terkenal Malaysia, Dato' Aznil Haji Nawawi sangat menyayangi para peminatnya hingga...

Ronaldo Berpisah, Teman Wanita Enggan Hadir Parti Ibunya?

PORTUGAL – Peminat bintang kacak Real Madrid, Cristiano Ronaldo pasti akan tersenyum lebar apabila mendengar spekulasi bahawa dia sudah berpisah dengan kekasihnya yang juga model dari Rusia, Irina Shayk.

Ronaldo dikatakan memutuskan hubungan itu selepas Shayk enggan menghadiri parti yang diadakan bagi menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-60 ibunya, Dolares Aveiro.

Hubungan Shayk dengan Aveiro dan adik beradik perempuan Ronaldo iaitu Elma dan Katia juga sebelum ini dikatakan tegang.

Spekulasi berkenaan tercetus selepas Shayk, 29, dikatakan tidak lagi menjadi pengikut Ronaldo dalam Twitter miliknya.

Dia juga tidak menghadiri majlis Ballon d’Or di Zurich yang menyaksikan Ronaldo dinobatkan sebagai pemain bola sepak terbaik dunia.


Malah pada malam anugerah itu, Ronaldo ditemani anaknya yang berusia empat tahun ke atas pentas dan dalam ucapan penghargaannya, Ronaldo tidak langsung menyebut nama Shayk.

Menurut sumber, hubungan selama lima tahun itu putus kerana ibu Ronaldo mahu Shayk berperanan sebagai ibu kepada anak Ronaldo, iaitu sesuatu yang bukan keutamaan kepada model tersebut.

Dalam pada itu, pengurusan Shayk memaklumkan model tersebut tidak menghadiri majlis Ballon d’Or kerana mempunyai komitmen lain.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori